Assalaaamualaikumm..
(tak jawab dosa, jawab sayang..hahahaha)
apa khabar semua kawan2? Hopefully sihat sentiasa yerkk .

Bestnya kalo dapat bercuti kat kampung tersayang
Lagi best bila dapat bercuti dengan orang tersayang kan?
Cuti midsem aku yang lepas aku banyak luangkan masa ngan anak2 kecil yang mak aku asuh.
Korunk plak camner??

Bebudak comel tu semua sekali 4 orang. Panggilan mereka, along(darjah 1), angah(tadika), anis(darjah 1), arsyad(1 tahun setengah). Panggilan diorang tuk aku plak, "Abg loooonnngg" (nada panjang disitu yer).

Ni gambar kenangan bersama mereka



Abg loooonggg Gendong si Hidayati



"Eh apa tu Sofea??"
"NI gambar arnab"


Aku sikat rambut mereka..Keringkan rambut..
aku layan dia macam anak aku sendiri..
and aku jadi kanak2 tuk mereka bermain sama2 :)

dan sekarang..
AKU RINDUKAN MEREKA!!!

"Semalam adalah kenangan, hari ini adalah kenyataan, esok adalah harapan….. "


p/s: Eh, darjah 1 umur berapa tahun??
p/s: Laparrrrr nih!



Sila Komen..
Bestnya dapat baca komen korunk nanti :)
Menarik hadiah kat sini rupanya | Kamus Elektronik BI-BM

Assalamualaikum dan salam sejahtera kawan2 :)
Waaaahhh.. lebatnya hujan kat sini. Rasa cam nak tido bawah katil plak sejuk sangat..hohoho
Cuaca kat tempat korunk sekarang ni hujan x?

Semalam, aku sampai kat umah dalam keadaan bergaya memakai spek mata besar, baju smart and seluar jeans.

Masuk2 jer..
"WaaaaaaaaaaaaaaaaaWaaaaaaaaaaaaaaaaaaa"
ada budak nanges..Hampessss~
Ok, mungkin dia takut dengan gaya ala2 gangster aku. Aku senyum kat dia and cium pipi, dahi dia.

"Ki3..keh3.."
Tetiba aku terdengar suara awek. Aku buat tak tau jer la. Terus masuk bilik then bukak laptop.

"Mak, sapa awek 3 orang tuh?Bila masa ada awek umah kita?"
"Mak mengasuh diorang" :)

1st time aku jumpa diorang and diorang ngah bermain sesama sendiri. Seronok aku tgk gelagat diorang nie. Terubat letih aku bawak kete 6 jam dari penang.

Aku pun terfikir aktiviti apa aku nak buat ngan diorang sebagai kenangan aku.
So, aku pun berkenalan ngan mereka. Aktiviti yang aku buat ngan diorang time tu, origami
Mmg syonok bermain ngan diorang nie. Duk lipat2 kertas pastu warna2. :)

Yang along, aku tak kategorikan sebagai comel, tapi sebagai CANTIK. Serius dia ni cantik.Rambut dia macam artis and pandai bermekap. Kalau dia diasuh dengan baik, InsyaAllah leh jadi awek aku..muahahahahahahha.

Budak2 ni semua aku dukung.

I LOVE KIDS
-dan-

AKU SAYANGKAN MEREKA^^
Suka dengar gelak tawa mereka

Ni gambarnya


Si cantik(hidayati) | si comel(shafiyyah)


Si manja Arsyad

p/s: Awek tersebut sedang berada dan landing atas katil aku.. =.="
p/s: Naluri seorang ayah aku mula timbul

"capa cepat tido dulu dia menang"

Aku terima kelebihan dan kekurangan mereka.
yang kurangnya, meraka kurang mainan.
yang lebihnya, mereka lebih comel daripada aku..isk.jeles~ :p


Sila Komen..
Bestnya dapat baca komen korunk nanti :)
Menarik hadiah kat sini rupanya | Kamus Elektronik BI-BM

"Arrrggghhhhh!!! Jangan ganggu hidup aku lagi!!!
Pergi!!! Pergi!!! Pergi!!!!!"

Mesti ada antara korunk yang sedang atau pernah jadi masalah camnie kan? And korunk tak tau macam mana nak tangani. Perkara ni jadi bila Seseorang cuba ambik hati korunk secara "paksa" and kamu "terpaksa" jaga hati dia.

Perkara ni selalu nyer terjadi kat kat gurl and jarang kat lelaki. Kalau boleh, biarlah aku mampu tuk selesaikan atau redakan masalah kawan2 ku. Aku takder la pakar dalam bidang percintaan. Tapi sekurang-kurangnya, aku dapat berkongsi tips tuk korunk. Semoga tips ni berguna.

MENOLAK PERCINTAAN DENGAN BAIK

REJECT CALL


Bila si dia call, Just biarkan and wat dont know! Penting!
Korunk memberikan dia harapan selagi korunk berborak dengannya.
Dia akan menganggap dirinya mempunyai peluang tuk cinta korunk.

Andai korunk terangkat call dia, cakap henset letak merata2 and tak nak diganggu. Then bagitau dia yang korunk nak sambung wat kerja balik.

Berfikir samaada korunk nak teruskan memberikan harapan atau tak.
Korunk still nak jadi harapan baginya??


BERCAKAP PASAL LELAKI LAIN


Katakan padanya korunk dah jumpa lelaki yang korunk cari.
Bagitau si dia, "saya rasa kita xsesuai.awak berhak dapat yang lain".
Nyatakan jugak yang si dia still lagi kawan kamu.

Memang part yang paling sukar!

Fikirkan. Korunk ada taste korunk sendiri. And korunk PERLU bagitau dia.


JANGAN BAGI PERHATIAN (jauhi berduaan)

Jangan biarkan bertembung dengan si dia dan pastikan korunk sentiasa berjalan dengan kawan2. Penting!
Bila bertembung/berjumpa, jangan bagi perhatian padanya. Bila si dia bercakap, kamu iakan saja tapi buat2 yang kamu ni ada kerja penting.

Contoh:
Si dia: Awak tau kan saya suka awak..
Korunk: Saya tau tapi saya tak dapat terima awak.

-alih perhatian kat kawan korunk-

Korunk: Eh, assignment kau dah siap belom??
Kawan korunk: Blom lagi..Kau??
Korunk: -teruskan berbual-

Kamu: (bagitau kat si dia) Saya ada kerja sekarang, jumpa nanti.

-tarik tangan kawan kamu dan pergi-


Bila korunk buat macam nie, si dia akan berfikir dua kali nak jadikan korunk jadi awek dia sebab kamu langsung tak bagi perhatian kat dia! Sebabnya kamu layan dia acuh tak acuh.


MINTAK WAKTU (optional)

Bagitau si dia, korunk perlukan waktu selama 3 hari tuk fikirkan.

Kemungkinan besar dia takkan hubungi korunk sebabnya dia dah berfikir hubungan korunk ngan dia takkan berjaya. (lepas dah lakukan tips2 kat atas).


» ..Klik sini..SOALAN 1..Klik sini.. «

» ..Klik sini..SOALAN 2..Klik sini.. «

» ..Klik sini..SOALAN 3..Klik sini.. «

» ..Klik sini..SOALAN 4..Klik sini.. «

» ..Klik sini..SOALAN 5..Klik sini.. «



Kita ada hidup kita sendiri.
Diri kita, hak kita.
Pendirian kita.

And korunk nak tau something?
Aku yakin korunk mampu lakukannya

-KERANA-

"Dirimu begitu berharga"

dan aku yakin
"Kamu KUAT!!!"

Sekiranya korunk mmg berhasrat nak jaga hati si dia, kamu sepatutnya dah couple ngan dia. And kamu mungkin akan rasa tenang camtu??
Dan selagi korunk tak bagitau, korunk menghalang si dia tuk dapatkan pasangannya!
Semoga tips diatas dapat membantu.


Yang benar,
Ahmad Syarif

Sila Komen..
Bestnya dapat baca komen korunk nanti :)
Menarik hadiah kat sini rupanya | Kamus Elektronik BI-BM

Assalamualaikum dan salam sejahtera korunk2^^
Pekaba semua?? Hopefully sihat2 jer yerk..Xmo nakal2..
Nanti aku cubit laju2.. :p

"Tak kenal maka takmo kawan
Dah kenal maka cinta"

Hari ni aku nak story sket pasal diri aku. Bende nie cam bender wajib yang patut ada kat mana2 blog. Aku usha sinin,usha sinun, usha kononnn , mesti ada maklumat nieh kat mana2 blog..So aku pun nak story pasal aku jugak lerrr..Sila jangan jeles~ :p

"Aku seorang wanita
Selalu pakai tudung secara sempurna
Bakal melahirkan anak kembar yang comel
"Kawan baik" aku datang tiap2 bulan
Bila tgk guy korea hensem, aku jadi xsenang duduk
Suka shopping, beli shawl tiap2 minggu dan macam2"


Btol, aku tak tipu...Serius tu bukan aku..
Jangan nanges..Meh nak citer..


Ahmad Syarif

---------------------

  • Dah umur 20++ teeett~
  • Aku tak comey cuma hensem lebih jerk.muahahaha(perasan disitu yerr)
  • Tak tinggi mana, tapi lebih tinggi dari budak2 pompuan aku kenal
  • Lebih kurus daripada diorang jugak
  • Suka berkawan ngan sapa2 jer.Tak kira umur
  • Seorang yang fleksible mengikut keadaan
  • Perwatakan yang sukar diduga
  • Kadang2 leh jadi lawak2 ayam, kadang2 serius kambing
  • Time wat kerja xsuka diganggu sebab fokus tahap maksima masa tuh yaw
  • Sukakan cabaran dari segi berfikir
  • Suka usik member2 tak kira muda atau tua(mostly gurl..miahaha)
  • Seorang yang sangat menghargai persahabatan
  • Suka ambik gambar kat mana2 ajer(tapi DSLR xdak lagi :'( sob3 )
  • Suka lepak kat tempat yang cantik2 sorang diri
  • Suka cuci mata tgk amoi2, awek indon and macam2 jugak..muahaha
  • Sangat sayangkan kereta "Ferrari Merah" (1st kereta sendiri tuuu)
  • Suka bawak kereta laju2 gear manual
  • Tak suka habiskan makanan yang last2 sebab aku bagi kat kucing dewan makan. hoho
  • Lebih suka makan ikan daripada ayam(time kecik2 aku gaduh ngan ayam taw!)
  • Suka warna hijau, ungu, dan biru
  • Ada lebih kurang 30 matlamat yang belum tercapai(30 dah tercapai)
  • Pernah hasilkan buku time umur 17 tahun! peacee~
  • Sedang mencari pasangan hidup.. v(^.^)v
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



Sila cakap comey cpat!! :p
NOTA: ni gambar yang digunakan tuk hepikan seseorang yang tengah sedih^^

Tu jer la nak story..Dah2, aku nak tidoq plak..kelas takdak..
<(") sekian ~
Sila Komen..
Bestnya dapat baca komen korunk nanti :)
Menarik hadiah kat sini rupanya | Kamus Elektronik BI-BM
Assalamualaikum yaw2..Pekaba semuaaa~
(sambil meniru gaya pengacara konsert)

Beberapa bulan yang lepas, banyak kejadian yang dah berlaku. Contohnya, kematian beberapa ekor cicak kat dalam bilik aku yang difire menggunakan getah. Pelanggaran tragis antara nyamuk dengan pelempang aku ni haa.. dan beberapa kejadian dramatik lain..

Satu hari tu, aku kluar gie kat bandar niat nak usha baju..sambil2 tu usha awek skali..Tapi nawaitu tetap tak lari.Baju...Usha punya usha, jumpa la kedai baju ni sekoq. eh, sebuah..
Kebetulan kedai baju tu bersebelahan ngan kedai komik..
Usha punya usha, aku pun terbeli la komik..Baju tak beli pun.. =.="

And lepas tu, aku pun gie mam..bukan mampus..kasar disitu..
tapi makan okey.

-----------------------------------------------------

Di suatu sudut restoran yang dipenuhi awek2 cun yang duk bergambar kat kolam ikan,
Budak2 yang ngah duk ketuk akuarium yang ada kat situ sampai ikan lari tak cukup tanah and pelanggan lain yang duk mamam.

Satu perbualan seperti berikut berlaku:


Fatanah: Eh, encik salah hantar ni. Saya belum pesan pun lagi.
Syarif: Saya tak mungkin silap, Tanah..eh..Fat..eh..Ana..

Fatanah: (mengeluh) Syarif?Awak...!
Syarif: Ni dia kopi yang awak tak minum semalam.

Fatanah: Semalam?? Kopi ni mana boleh minum lagi!!
Syarif: Awak belum cuba. Lagipun, mana tau tak boleh minum? Mungkin rasanya lebih enak..

Fatanah: Awak ni mmg saja nak cari pasal ke?
Syarif: Tak, saya ingat awak tak pernah minum sebab awak nak simpan tuk hari nie..

Fatanah: Mengarut!! Kopi ni dah BASI!, faham? Mana boleh minum lagi dah!
Syarif: -Gelak-

Fatanah: Apa hal awak gelak pulak ni?
Syarif: Maknanya awak lagi suka kopi yang baru, kan? Jadi awak akan pilih yang baru dan lupakan yang lama, kan?

Fatanah: Bukan! Saya...
Syarif: Mari ikut saya. - sambil menarik tangan Fatanah -

Fatanah: Awak, saya x maksudkan camtu..Awak nak bawak saya gie mana ni?
Syarif: Lupakan Roy. Saya nak bagitau dia kat depan kubur dia. awak kepunyaan saya! Dia tak mampu bahagiakan awak lagi, tapi ... Saya boleh!

Syarif: "tak kiralah awak rela ke tak..saya takkan lepaskan awak lagi..Selama-lamanya..."


haa...touching tak?
Ok..tu sebenarnya skrip yang aku ambik dalam manga yang aku baca. =.="



p/s: Nak beli manga baru..


Sila Komen..
Bestnya dapat baca komen korunk nanti :)
Menarik hadiah kat sini rupanya | Kamus Elektronik BI-BM

Gambar contoh


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Menjadi seorang suami bukanlah perkara yang mudah macam membeli biskut marry kat kedai india depan umah..bukan jugak macam wheeling wheekang motor kat depan amoi2 cun.
Tapi tanggunggjawab yang berat macam mengangkat sebuah lori pasir menggunakan satu jari..Berlari mengejar kapal terbang selaju 700km sejam atas langit nun dan juga berenang mengejar speed boat tanpa peralatan yang lengkap.Berat kan?

Begitulah anologinyer..Dahsyat!
Okeh2...Cukup..Tu baru part intro..
Sekarang ni aku nak cerita kisah "Aku dan isteri tersayangku". Cerita ni korunk leh jadikan pengajaran.

Kisahnya bermula time aku nak bertolak balik kampung kat Terengganu.
Orang rumah aku tuh, asal Kedah.Aku plak Terengganu. Begini alkisahnya~


"Abang ni, pakai tu elok-elok la sikit," kata Liza lembut sambil membetulkan pakaian aku. Aku tersenyum tengok isteriku."Cantik isteri abang hari ni," Aku mencubit pipi Liza lembut. "Ayah, ayah, cepat la yah," Syafiqa dan Syahira meluru masuk ke bilik sebab dah tak sabar2 nak bertolak balik kampung. "Yelah, yelah, ayah dah siap ni." Liza hanya tersenyum melihat aku melayan karenah anak kembar kami yang comel dan manja. "Abang, dah lama kita tak baliq kampung lagu ni, kan?" "Yelah Abang asyik duk bz jer manjang. Baru kali ni abang ada peluang untuk cuti panjang." Aku berkata kepada Liza tercinta.

Estimated perjalanan dari Penang ke Terengganu lebih kurang 6jam. Syafiqa dan Syahira tertido comel kat belakang. Liza pun sama. "Tak sabar nieh nak sampai umah" Aku berkata slow2 dalam hati.

Aku tekan minyak kete sikit2..Makin lama kereta makin laju and aku makin seronok. Dah tak sabar nak sampai umah la katakan. Aku tekan lagi pedal minyak tuh.Aku cilok kiri, cilok kanan.Semua kenderaan aku potong habeess~ Bangga betul aku masa tu. Dah macam lumba kat litar sepang pun ada. Lost memory kejap pasal bini ngan anak aku.

"Eh abang, await laju sangat ni?" tiba-tiba Liza terjaga dari tidurnya."Tak ada apa la sayang, rileks...cepat skit kita sampai kampung satgi." "Sabaq bang, sabaq.biaq lambat, Liza takut." Liza cuba pujuk aku supaya bawak kete slow2.Alah! mana syok bawak slow! "Rileks yang.tak ada apa-apa aih," Aku terus potong bas ekspres kat depan dengan ekstrem tanpa perasaan takut di sanubari.

"Haaa..tengok..takdak pape kan?" kata aku dengan eksyennya pas dah potong bas ekspres tadi. "Sudah la tu bang.Ketegaq!" "Ha... tu ada satu lagi bas ekspres. Liza tengok abang motong dia aaa...." Aku terus masuk gear 3, pedal minyak tekan hingga jejak ke tanah. (dapat bayangkan x?)

Aku terus belok kanan....kat depan nun tersergam indah sebuah lori balak yang besar dan gagah dan.....

BANG!!


"Syarif....bangun Syarif!," sayup-sayup terdengar suara emak. Aku membuka mata. Aku terlihat emak di situ. "Mana Liza mok? Macammana dengan Liza? Syafiqa, Syahira....mana anak-anak saya mok?" Bertubi-tubi aku tanya emak. Aku dah tak dapat tahan kesedihan ni lagi. Aku nangis semerdu-merdunya kat depan emak.

Emak tengok aku tepat-tepat. "Macamana dengan isteri saya mok, Liza?" Aku plak terus nangis.

PANGGG!!

Kepala aku yang rambut pacak ditampar oleh emak dengan tiba-tiba. Aku terdiam. Kaget bhai.. Kenapa emak buat aku macam tu? "Banyak la mung punya isteri! Keja pun malas ada hati nak berbini. Tu la, tidur lagi senja-senja gini! Doh! Bangun gi semayang!" emak terus merungut sambil berlalu keluar....

...Dan aku tersengih keseorangan. Rasa macam nak masuk dalam mesin basuh der! Malu beb!!



Sekian.
sumber: http://unniesya.blogspot.com/


Sila Komen..
Bestnya dapat baca komen korunk nanti :)
Menarik hadiah kat sini rupanya | Kamus Elektronik BI-BM


Assalaaamualaikummm..
Teringat aku kat zaman2 sekolah bila tgk balik gambar2 time muda2.
(umur dah lebih 18tahun la katakan..muahaha!)
Kalau dulu, buli budak2 pompuan, panjat pagar semata2 nak beli burger(kalo duk asrama), kena lempang laju2 ngan cikgu, denda depan orang ramai tuh perkara biasa~
Korunk teringat lagi x situasi yang always berlaku time skolah nun?
Kalo dalam kelas plak mesti banyak btol ragamnya tol dak? Mmg banyak perkara diluar paradigma.

Situasi Pertama

Nampak tak Cikgu pagi tadi? Hah kau nampak? Alahhhh. Aku tengok kereta dia tak ada pun. Plat kereta dia PTH 2423 kan? Aku tengok tak ada pun. Oh, dia datang dengan suami dia eh? Alahhhh. Aku ingat dia tak datang tadi. Maknanya ada kelas dia lah nanti? Penat pagi-pagi aku pergi park kereta cari kereta cikgu.


Situasi Kedua

Cikgu : Saya ada mesyuarat pada pukul 9 pagi nanti. So, saya kena batal kelas.
Murid-murid : ALAHHHH. APA NI CIKGU?! KAMI DAH BAWA BUKU DAH. DAH SEMANGAT NAK BELAJAR. CIKGU PULAK CANCEL KELAS. HAIH. MALAS AR CAMNI. APA NI APA NI. JANGAN LA CANCEL KELAS CIKGU. PLEASE. SEDIH AR CAM NI. CIKGU TAK SAYANG KITAORANG KE? ALAHH. MESYUARAT TU TAK PENTING KAN? KAMI NI LAGI PENTING. EXAM DAH DEKAT.
Cikgu : Saya suka dengan sikap kamu semua. Tapi saya terpaksa pergi kerana urusan yang penting.
Murid- Murid : Alahhhh :(


*Selepas cikgu keluar. Semua murid sorak kegembiraan T_T*



Situasi Ketiga

Murid A : Wehh. homework aku tak buat wehhh. Alamak.
Murid B dan C : Aku pun!
Semua murid : Aku juge aku juge!
Murid nerd : Aku buat! :P
Cikgu : Okay. Saya rasa saya ada bagi kerja sekolah semalam. kan? Sila buka kerja itu.
Semua murid : Eh mana ada cikgu. Mana ada. Cikgu tak bagi pun.
Murid Nerd : .....
Cikgu : Oh. Maaf. Mungkin saya terlupa. Biasalah saya dah tua. Dah 20 tahun saya kerja sebagai cikgu ni. Macam-macam cabaran saya tempuhi. Macam-macam jenis pelajar saya jumpa. Dulu saya study di bla bla bla bla pot pet pot pet.


Situasi Keempat

*Lagi 5 minit nak habis kelas*
Cikgu : Okay. Itulah apa yang tadi diperbicangkan dalam buku teks. Saya harap kamu semua faham.
Semua murid : Oh faham faham *sambil kemas buku, stationary simpan dalam beg*
Cikgu : Kenapa kamu semua simpan beg? Kita masih ada 5 minit lagi. Saya nak bagi latihan dan nak kamu semua siapkan harini juga.
Semua murid : T_T *Bawa keluar balik semua barang*


Situasi Kelima

Cikgu : Sebenarnya. Dalam dunia ni ada macam-macam dugaan.
Murid : Dugaan apa cikgu?
Cikgu : Dugaan susah dan senang.
Murid : Senang macam mana cikgu?
Cikgu : Senang la. Mungkin dari segi kekayaan.
Murid : Macam mana nak kaya cikgu?
Cikgu : Kena rajin belajar la. Jadi pandai.
Murid : Macam mana nak jadi pandai cikgu?
Cikgu : Jadi pandai kena selalu baca buku. Jangan malas.
Murid : Buku macam mana tu cikgu?
Cikgu : Buku-buku teks kamu, kadang-kadang baca paper, novel.

OKAY. MASA DAH HABIS. =.='


Situasi Keenam

Murid A :Wehh. Masa cikgu dah habis. Rehat kot sekarang. Dia tak perasan lah!
Cikgu : *still mengajar*
Murid B : Itulah. Aduhh. Macam mana ni?
Murid C : Kringg kringg. Kringg kringg.
Murid A : Cikgu tak perasan la bunyi loceng yang kau buat tuh.
Murid B : *menjerit* WEH KAU MURID F! JAM PUKUL BERAPA?
Cikgu : *tengok jam* Oh, masa rehat eh sekarang? Okay. Kamu semua boleh pergi rehat.


p/s: Korunk mesti camnie gak dulu kan? akekkeke..


Sila Komen..
Bestnya dapat baca komen korunk nanti :)
Menarik hadiah kat sini rupanya | Kamus Elektronik BI-BM


Assalamualaikum and selamat pagi semuaaaa~
Korunk dah mam?? huhuh

Today, aku nak story pasal baju labuh. Korunk selesa x kalau pakai baju labuh2 nieh?
Dulu aku selalu gak pakai baju labuh2 nieh.. Konon2 tutup aurat gitu..muahaha..

Bila aku duk asrama nie, aku belek2 baju yang leh aku jadikan baju tido sama leh wat slimut skali.. Belek punya la belek..
And then, aku jumpa la satu baju kecik labuhhh nieh..

Aku try la pakai baju yang mak aku suka pakai tuh.
Dah macam jubah aku nengoknyer...Hampir nak cecah lutut u...
Dah macam mak2 orang gitu..awww

Roomate aku sekarang ni plak duk panggil aku

MAK!!!

Hampes sungguh beliau tuh. Tersentap jiwa dan paru2 aku 5 second.
Dunia bagaikan terhenti seketika punya la terkejut.Dahsyat kan??
Kalau aku mak, dah lama aku susukan beliau..ngaaa~ :p

And aku perasan, mak aku selalu jer pakai baju labuh time kat umah.
And baju2 yang dia pakai tu, baju ayah aku, aku, or adik aku..huhu.
Mak korang plak camner??

Biasanya mak aku pakai baju2 camtu time nak lipat baju
sambil duk nengok tv tuh haa.. Bawang putih bawah merah kot..
Tak pun citer Rosalinda.akekeke..
Aku plak layan sailormoon..ahahahhaa
Bila pakai baju nie, aku rindu plak kat mak aku..

Ni bajunya
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Comey x? kuang3!


"Syurga di bawah tapak kaki ibu"


p/s: Rindu nak jumpa mak..huhuh
p/s: Pompuan pakai bju laki ok jerk.tapi kalo laki pakai baju pompuan mesti pelik..teeett~



Sila Komen..
Bestnya dapat baca komen korunk nanti :)
Menarik hadiah kat sini rupanya | Kamus Elektronik BI-BM




Ramai sungguh blogger yang duk promote heartbeat.my - Unique and personalized gift
Mmg menarik and cantek2 gift yang ada kat dalam tuh. Aku dah tgk dah.
Korunk pernah tgk tak? Kat sini ha..

Ni antara contoh gift yang ada. Banyak lagi sebenarnya.


Mini tee and couple t shirt


Mug

Kat tempat aku kerja dulu pun rajin buat bender2 camnie.. Mmg cantek!!
And ramai student yang tempah tuk bagi hadiah kat member2. Sweet la diorang! jeles nieh!

Memandangkan aku dah ada satu hadiah cenggini dulu,
Aku nak bagi coupon FREE kat korunk.
Tapi jangan citer kat orang lain sebab "limited" nieh..
DC1112

"Hargailah setiap hubungan yang terjalin"

Korunk kena klik kat gambar camnie kat web dia nantih.


REEDEM KAT SINI



P/s: Ada sapa2 nak bagi baju free kat aku tak?



Sila Komen..
Bestnya dapat baca komen korunk nanti :)
Menarik hadiah kat sini rupanya | Kamus Elektronik BI-BM

Assalamualaikum dan salah sejahtera semua..
wink3^^

Korunk suka membaca tak yerk??
Kalau yang gurlz tuh mesti baca novel cinta jer manjang an3?
Yang laki plak duk baca manga..kih3.
Kali ni aku nak berkongsi buku yg aku selalu dok ulang2 baca.
Time aku nak tido jer mesti aku akan beleks2 buku nieh.
Jeje jeng jeng...


Buku tuh tajuknya:
----------------------
1. The psychology of Persuasion (English)
2. How to Win Friends & Influence People
Gempaq x tajuknya?




Dua2 buku tuh aku dah ulang 2-5 kali sampai nak tercabut dah kulit dia ..
So, aku dapat ingat tuk praktikkan apa yang aku belajar.
Banyak sebenarnya yang dapat aku belajar daripada buku nieh.

Aku baca buku ni sebab nak belajar berkomunikasi ngan lebih efektif gitu.
Kita akan jadi lebih cemerlang kalau kita pandai berkomukasi.
Cuba tengok kawan2 korunk yang pandai present tuh..
And gaya diorang jugak nampak lebih professional!
sebabnya diorang

!!BERMOTIVASI!!


"Satu-satunya cara di bumi ini bagi mempengaruhi orang lain adalah bercakap mengenai apa yang mereka inginkan dan tunjukkan kepada mereka bagaimana hendak memperolehinya"

Trademark yg aku selalu gunakan time presentation:

"Dont be memorable be unforgettable
Dont be friendly, be approachable
Dont be some guy, be that guy!
"

Korunk plak suka baca buku apa yaw?




Sila Komen..
Bestnya dapat baca komen korunk nanti :)
Menarik hadiah kat sini rupanya | Kamus Elektronik BI-BM




"Kalau kita senyum.. semua orang berjangkit.. Bila semua orang senyum.. Dunia tiada penyakit.."

"Senyum..Tak perlu kata apa2"
-Sambil terjoget2-

Bila kita senyum kat orang, kita gie mana2 pun orang akan senyum balik kat kita..
Tak kira guys or girls.
Mesti seronok bila duduk dalam situasi camtu kan?? :)
Kita nak gie mana2 pun kita lebih yakin and selesa gitu~

Kawan2 atau sapa yang kenal ngan kita pun tak segan nak tegur kita bila terserempak kat mana2..

Kat shopping complex, kedai secret recipe ker..kfc ker.. (sedapnya cheezy wedges..nyum3) even kat mana2 la..

"Hai, kita pernah jumpa sebelum ni kan??" teguran 1
"Hai, tadi saya nampak awak kat sana..btol tak??" teguran 2
"Assignment kau dah siap belum hah??" teguran sinis..


Meh nak kongsi sket nih..
Dari pemerhatian and pengalaman aku la kan, kebanyakan perbualan pun bermula dengan senyuman..
percaya tak??hohoh..
Even nak ngorat skali pun! :p

"Bila kita senyum, kita akan hasilkan lebih ramai kawan"

-Ahmad Syarif

Beza kan, kalau kita kawan ngan orang yang sentiasa senyum ngan orang yang selalu masam muka?
Kalau yang masam muka tuh, nak tegur pun takut derr...Nak2 awek yang ngah moody tuh..hak3.. Ada bran??

And bila kita berkawan tu, janganla kita jadi penjual ikan..
orang putih kata, selfish~ .. Ni ikannya..


hai abggg... kes3

Senyum kita mampu buatkan orang ketawa
Senyum balik kat kita
Hilangkan duka seseorang
Hilangkan sakit seseorang
and buatkan seseorang jatuh hati kat kita!


Kadang2, orang bleh nilai kita melalui senyuman kita..
Keikhlasan kita and camam2.

Lagipun, senyum kan sedekah
So, selalu la senyum kay..


Tiru macam saya..

Ni aku nak pesan satu..Senyum tu biar bertempat okeh..


p/s: Rasa nak makan KFC ar plak.. cheezy wedges 1, crushier(eja gini ker?) 1..


Sila Komen..
Bestnya dapat baca komen korunk nanti :)
Menarik hadiah kat sini rupanya | Kamus Elektronik BI-BM

"Bestnya kalau aku pandai edit gambar.
Sukalah tengok awekgambar yang seksi2..muahahha cantik.
Tapi aku tak reti photoshop..sob3 :'( "


Mesti ada antara korunk yang berfikir camtu kan?
Mostly gurl2 yang time ambik gambar suka wat pipi tembam2 tuh..hakz3!
cubit pipi baru taw! geram nieh tgk pipi bulat2.. :p
Kalau aku jumpa korunk siapla aku cubit2..hohoho!

Aku sendiri pun nak jugak mahir photoshop tanpa rujuk mana2 tutorial.
tapi apakan daya tak terdaya lagi eden sebab duk focus banyak bender..huhu
But minggu lepas lecturer aku ada bagi tugasan edit guna photoshop.
Main drawing2 gitu.. Aku ni kalau bab2 drawing guna photoshop nie tak biasa derr.
Kalau bab2 usha awek, boleh la..wooopsss~ terlebey sudaaa~ acess~

Korunk tau tak bende alah photoshop tuh?
Meh aku story sat..
Photoshop ni software yang edit2 gambar tuuuuuuu..
Yang nak bagi lawa tuuuu..
Software ni leh kata ajaib gak la sebab nyerrr..
gambar tak cantik pun leh jadi cantik..
Yang ada jerawat banyak2 cam aku pun leh hilangkan guna bender ajaib tuh! waaaaa.best nie..tu yang aku suka..kes3. Korunk suka x?? hoho

Ni hasil kerja aku:


Advertising Style


Fully from scratch tanpa guna brush!


Tu gambar2 yang aku edit.
Ni plak hasil member yang aku ajar.


Wafa Omar


Nabila Hanani


Selalunya, aku main ngan editing potrait jerk..
Ni hasil2 aku..
Klik gambar tuk besarkan




Gambar lain2 ada kat profile facebook aku.. :)
Jemput la add aku yerk^^
SINI
Nota: Kalau x add, aku pasti akan heart feeling ngan korunk :(





Sila Komen..
Bestnya dapat baca komen korunk nanti :)
Menarik hadiah kat sini rupanya | Kamus Elektronik BI-BM



Dicatat oleh Imam Al-Ghazali

Jangan engkau kahwini wanita yang enam, iaitu wanita yang Ananah, yang Mananah, dan yang Hananah, dan jangan engkau kahwini yang Hadaqah, yang Baraqah dan yang Syadaqah."

Wanita Ananah:
Banyak mengeluh & mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau buat-buat sakit.

Wanita Mananah:
Suka membangkit-bangkit terhadap suami. Wanita ini sering menyatakan, "Aku membuat itu keranamu."

Wanita Hananah:
Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.

Wanita Hadaqah:
Melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.

Wanita Baraqah:
Ada 2 makna, pertama yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya, kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkan bahagiannya.

Wanita Syadaqah:
Banyak cakap tidak menentu lagi bising.




Sila Komen..
Bestnya dapat baca komen korunk nanti :)
Menarik hadiah kat sini rupanya | Kamus Elektronik BI-BM


Perhatian:
Cerita kali ini adalah untuk korunk berfikir and tidak menyentuh mana2 pihak yang tidak berkaitan.


Dalam post aku yang lepas, sedara Dolly cuba patahkan fakta,kebenaran,pengalaman yang aku cuba sampaikan tapi dia langsung takder isi yang bernas.

aku pernah bagitau Dolly aku sayang dia.
and dia tak pernah bagi jawapan.

Kalau la korunk dah tau dia taknak kat korunk, korunk akan paksa diri lagi ker?
Tak perlu la korunk anggap dia, layan dia cam pasangan korunk. Perkenalkan kat kawan2 korunkk ..Habiskan duit cam dia tu pasangan korunk..btol??

Okeh aku dah buat macam2 kat Dolly.. tapi bila aku revised and ingat
balik time aku together ngan Dolly, aku langsung tak dengar perkataan

"Terima kasih...sebab"

Kemungkinan besar dia tak ucap sebabnya bender tu mmg dia dah
rancang siap2.


Aku bagi satu situasi kat korunk.
Korunk kluar ngan pakwe korunk then setiap kali keluar pakwe korunk akan
mintak korunk belanja segala2nya. Dari minyak kereta, makan, pakaian
korunk and macam2. and pakwe korunk langsung taknak ambik tau pasal hilangnya duit korunk. And dia tak pernah tanya langsung:

"Ayang ada duit tak??Kali ni meh saya belanja ayang kay"

eh2..tak yah la belanja..biarla ayang belanja..Dah sayang, sanggup
la buat apa saja padahal dia just nak ambik kesempatan jer..Btol ker
apa yang aku cakap nie??atau korunk ada pendapat lain??

Kasih sayang tuuu..
Even korunk sakit pun dia buat dek jerk..Dalam hati "pakwe" korunk tuh camnie jerk:
"ehehe..aku nak beli baju nieh..nanti nak ajak dia kluar la.kan dia minat kat aku..mesti dia belikan punya~ hahaha"

Ada yang kasitau, keluarga lebih mengenali keluarganya sendiri.
Kalau kawan korunk yang pergi clubbing, minum2, parents diorang semua tak
tau..and korunk rasa sapa yang tau??Kawan2 diorang! kan??

» ..Klik sini..SITUASI 1..Klik sini.. «


» ..Klik sini..SITUASI 2..Klik sini.. «


» ..Klik sini..SITUASI 3..Klik sini.. «



setuju?? atau aku silap nieh.


And macam tu jugak dalam kes yang pernah aku alami..Orang yang
disangka baik, disangka malaikat sebenarnya tidak.

"Rambut sama hitam, hati lain2"

"kalau kite buat org sakit sbb kite, nti kite yang akan dpt sakit yg lebih2 lg.. tgu la.. nti sampai mase turn dye palk kene.." - Komen 1
"what goes around.comes around" - Komen 2

"
what she gives, she'll get back~juz wait n see" - Komen 3

"Ya Allah, sekiranya aku di pihak yang benar kau tunjukkan lah kebenaran yang tersembunyi."

"Allah takkan bagi ujian yang tak tertanggung oleh hambanya"

Terima kasih sebab Allah kurniakan aku ujian ni supaya aku lebih waspada.
Bukan semua orang dapat merasa pengalaman camnie sampai boleh dijadikan iktibar, pesanan dan peringatan tuk orang lain. :)
Terima kasih Ya Allah.

Tajuk berkaitan(tuk peringatan anda agar tidak kecundang):
Babak 1: Bermulanya perkenalan
Babak 2: Shopping dengan Babydoll
Babak 3: Aku dipermainkan!!




Perhatian:
Dia pandai bermain perasaan. Dia gunakan kelemahan lelaki tuk capai agenda nya.

Nota: Ini adalah sekadar perkongsian supaya rakan2 saya lebih berhati2 dan berwaspada.

Sila Komen..
Bestnya dapat baca komen korunk nanti :)
Menarik hadiah kat sini rupanya | Kamus Elektronik BI-BM