Gambar contoh
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Menjadi seorang suami bukanlah perkara yang mudah macam membeli biskut marry kat kedai india depan umah..bukan jugak macam wheeling wheekang motor kat depan amoi2 cun.
Tapi tanggunggjawab yang berat macam mengangkat sebuah lori pasir menggunakan satu jari..Berlari mengejar kapal terbang selaju 700km sejam atas langit nun dan juga berenang mengejar speed boat tanpa peralatan yang lengkap.Berat kan?
Begitulah anologinyer..Dahsyat!
Okeh2...Cukup..Tu baru part intro..
Sekarang ni aku nak cerita kisah "Aku dan isteri tersayangku". Cerita ni korunk leh jadikan pengajaran.
Kisahnya bermula time aku nak bertolak balik kampung kat Terengganu.
Orang rumah aku tuh, asal Kedah.Aku plak Terengganu. Begini alkisahnya~
"Abang ni, pakai tu elok-elok la sikit," kata Liza lembut sambil membetulkan pakaian aku. Aku tersenyum tengok isteriku."Cantik isteri abang hari ni," Aku mencubit pipi Liza lembut. "Ayah, ayah, cepat la yah," Syafiqa dan Syahira meluru masuk ke bilik sebab dah tak sabar2 nak bertolak balik kampung. "Yelah, yelah, ayah dah siap ni." Liza hanya tersenyum melihat aku melayan karenah anak kembar kami yang comel dan manja. "Abang, dah lama kita tak baliq kampung lagu ni, kan?" "Yelah Abang asyik duk bz jer manjang. Baru kali ni abang ada peluang untuk cuti panjang." Aku berkata kepada Liza tercinta.
Estimated perjalanan dari Penang ke Terengganu lebih kurang 6jam. Syafiqa dan Syahira tertido comel kat belakang. Liza pun sama. "Tak sabar nieh nak sampai umah" Aku berkata slow2 dalam hati.
Aku tekan minyak kete sikit2..Makin lama kereta makin laju and aku makin seronok. Dah tak sabar nak sampai umah la katakan. Aku tekan lagi pedal minyak tuh.Aku cilok kiri, cilok kanan.Semua kenderaan aku potong habeess~ Bangga betul aku masa tu. Dah macam lumba kat litar sepang pun ada. Lost memory kejap pasal bini ngan anak aku.
"Eh abang, await laju sangat ni?" tiba-tiba Liza terjaga dari tidurnya."Tak ada apa la sayang, rileks...cepat skit kita sampai kampung satgi." "Sabaq bang, sabaq.biaq lambat, Liza takut." Liza cuba pujuk aku supaya bawak kete slow2.Alah! mana syok bawak slow! "Rileks yang.tak ada apa-apa aih," Aku terus potong bas ekspres kat depan dengan ekstrem tanpa perasaan takut di sanubari.
"Haaa..tengok..takdak pape kan?" kata aku dengan eksyennya pas dah potong bas ekspres tadi. "Sudah la tu bang.Ketegaq!" "Ha... tu ada satu lagi bas ekspres. Liza tengok abang motong dia aaa...." Aku terus masuk gear 3, pedal minyak tekan hingga jejak ke tanah. (dapat bayangkan x?)
Aku terus belok kanan....kat depan nun tersergam indah sebuah lori balak yang besar dan gagah dan.....
BANG!!
"Syarif....bangun Syarif!," sayup-sayup terdengar suara emak. Aku membuka mata. Aku terlihat emak di situ. "Mana Liza mok? Macammana dengan Liza? Syafiqa, Syahira....mana anak-anak saya mok?" Bertubi-tubi aku tanya emak. Aku dah tak dapat tahan kesedihan ni lagi. Aku nangis semerdu-merdunya kat depan emak.
Emak tengok aku tepat-tepat. "Macamana dengan isteri saya mok, Liza?" Aku plak terus nangis.
PANGGG!!
Kepala aku yang rambut pacak ditampar oleh emak dengan tiba-tiba. Aku terdiam. Kaget bhai.. Kenapa emak buat aku macam tu? "Banyak la mung punya isteri! Keja pun malas ada hati nak berbini. Tu la, tidur lagi senja-senja gini! Doh! Bangun gi semayang!" emak terus merungut sambil berlalu keluar....
...Dan aku tersengih keseorangan. Rasa macam nak masuk dalam mesin basuh der! Malu beb!!
Sekian.
sumber: http://unniesya.blogspot.com/
Sila Komen..
Bestnya dapat baca komen korunk nanti :)
Menarik hadiah kat sini rupanya | Kamus Elektronik BI-BM
wakakakakaka !!! liza?hahahaahha...
lucuu betul.. bro, btul ker mimpi nih? hahaha.. xD
@miss lovalista
cerita tu diauta dari blog lain..just berkongsi..
akkeeeke
semangat je bce..sekali..hurm~
@ku izzati
hehe..kasik suspen sket..
hahahha.. gatal ! wakakakaka