Assalaaamualaikummm..
Teringat aku kat zaman2 sekolah bila tgk balik gambar2 time muda2.
(umur dah lebih 18tahun la katakan..muahaha!)
Kalau dulu, buli budak2 pompuan, panjat pagar semata2 nak beli burger(kalo duk asrama), kena lempang laju2 ngan cikgu, denda depan orang ramai tuh perkara biasa~
Korunk teringat lagi x situasi yang always berlaku time skolah nun?
Kalo dalam kelas plak mesti banyak btol ragamnya tol dak? Mmg banyak perkara diluar paradigma.

Situasi Pertama

Nampak tak Cikgu pagi tadi? Hah kau nampak? Alahhhh. Aku tengok kereta dia tak ada pun. Plat kereta dia PTH 2423 kan? Aku tengok tak ada pun. Oh, dia datang dengan suami dia eh? Alahhhh. Aku ingat dia tak datang tadi. Maknanya ada kelas dia lah nanti? Penat pagi-pagi aku pergi park kereta cari kereta cikgu.


Situasi Kedua

Cikgu : Saya ada mesyuarat pada pukul 9 pagi nanti. So, saya kena batal kelas.
Murid-murid : ALAHHHH. APA NI CIKGU?! KAMI DAH BAWA BUKU DAH. DAH SEMANGAT NAK BELAJAR. CIKGU PULAK CANCEL KELAS. HAIH. MALAS AR CAMNI. APA NI APA NI. JANGAN LA CANCEL KELAS CIKGU. PLEASE. SEDIH AR CAM NI. CIKGU TAK SAYANG KITAORANG KE? ALAHH. MESYUARAT TU TAK PENTING KAN? KAMI NI LAGI PENTING. EXAM DAH DEKAT.
Cikgu : Saya suka dengan sikap kamu semua. Tapi saya terpaksa pergi kerana urusan yang penting.
Murid- Murid : Alahhhh :(


*Selepas cikgu keluar. Semua murid sorak kegembiraan T_T*



Situasi Ketiga

Murid A : Wehh. homework aku tak buat wehhh. Alamak.
Murid B dan C : Aku pun!
Semua murid : Aku juge aku juge!
Murid nerd : Aku buat! :P
Cikgu : Okay. Saya rasa saya ada bagi kerja sekolah semalam. kan? Sila buka kerja itu.
Semua murid : Eh mana ada cikgu. Mana ada. Cikgu tak bagi pun.
Murid Nerd : .....
Cikgu : Oh. Maaf. Mungkin saya terlupa. Biasalah saya dah tua. Dah 20 tahun saya kerja sebagai cikgu ni. Macam-macam cabaran saya tempuhi. Macam-macam jenis pelajar saya jumpa. Dulu saya study di bla bla bla bla pot pet pot pet.


Situasi Keempat

*Lagi 5 minit nak habis kelas*
Cikgu : Okay. Itulah apa yang tadi diperbicangkan dalam buku teks. Saya harap kamu semua faham.
Semua murid : Oh faham faham *sambil kemas buku, stationary simpan dalam beg*
Cikgu : Kenapa kamu semua simpan beg? Kita masih ada 5 minit lagi. Saya nak bagi latihan dan nak kamu semua siapkan harini juga.
Semua murid : T_T *Bawa keluar balik semua barang*


Situasi Kelima

Cikgu : Sebenarnya. Dalam dunia ni ada macam-macam dugaan.
Murid : Dugaan apa cikgu?
Cikgu : Dugaan susah dan senang.
Murid : Senang macam mana cikgu?
Cikgu : Senang la. Mungkin dari segi kekayaan.
Murid : Macam mana nak kaya cikgu?
Cikgu : Kena rajin belajar la. Jadi pandai.
Murid : Macam mana nak jadi pandai cikgu?
Cikgu : Jadi pandai kena selalu baca buku. Jangan malas.
Murid : Buku macam mana tu cikgu?
Cikgu : Buku-buku teks kamu, kadang-kadang baca paper, novel.

OKAY. MASA DAH HABIS. =.='


Situasi Keenam

Murid A :Wehh. Masa cikgu dah habis. Rehat kot sekarang. Dia tak perasan lah!
Cikgu : *still mengajar*
Murid B : Itulah. Aduhh. Macam mana ni?
Murid C : Kringg kringg. Kringg kringg.
Murid A : Cikgu tak perasan la bunyi loceng yang kau buat tuh.
Murid B : *menjerit* WEH KAU MURID F! JAM PUKUL BERAPA?
Cikgu : *tengok jam* Oh, masa rehat eh sekarang? Okay. Kamu semua boleh pergi rehat.


p/s: Korunk mesti camnie gak dulu kan? akekkeke..


Sila Komen..
Bestnya dapat baca komen korunk nanti :)
Menarik hadiah kat sini rupanya | Kamus Elektronik BI-BM
Labels:
4 Responses
  1. suE Says:

    siyes memg kuar sume kenangan kat sekolah dlu...rindu banget deh...:)


  2. Ahmad Syarif Says:

    @Sue

    Saya pun rindu bangat time sekolah..
    Banyak perkara diluar paradigma yang berlaku..hehe


  3. haaaaaaaa..ini memang sangat benar! nanti saya share kat blog saya, ok?hehe


  4. Ahmad Syarif Says:

    @fasihah supian

    Nanti link la kat blog saya jugak..akekeke