Seorang bapa pulang ke rumah dalam keadaan letih disambut oleh anak lelakinya yang
berusia tujuh tahun di muka pintu.


"Ayah, boleh tak Amin tanya satu soalan?"

"Ya, nak tanya apa?"

"Berapa pendapatan ayah sejam?"

"Itu bukan urusan kamu. Buat apa nak sibuk tanya?"

"Amin saja nak tahu ayah.Tolonglah bagi tahu berapa ayah dapat sejam bekerja di pejabat?"

"20 ringgit sejam."

"Oh..." kata si anak sambil tunduk menekur ke lantai.

Kemudian memandang wajah ayahnya semula sambil bertanya,

"Ayah... boleh tak Amin pinjam sepuluh ringgit daripada ayah?"


Gambar hiasan


Si ayah menjadi berang dan berkata,

"Oh, itu sebabnya kamu tanya pasal pendapatan ayah?
Kamu nak buat apa sampai mintak sepuluh ringgit? Nak beli barang mainan lagi? Jangan
nak membazir. Ayah kerja penat-penat bukan untuk buang duit sembarangan. Sekarang pergibalik ke bilik dan tidur, dah lewat dah ni..."


Kanak-kanak tujuh tahun itu terdiam dan perlahan-lahan melangkah kembali ke biliknya.

Si ayah duduk di atas sofa dan mula memikirkan mengapa anaknya yang kecil itu memerlukan duit sebanyak itu.Kira-kira dua jam kemudian si ayah kembali tenang dan terfikir kemungkinan anaknya benar-benar memerlukan duit untuk keperluan di sekolahnya kerana anaknya tidak pernah meminta wang sebanyak itu sebelum ini.

Dengan perasaan bersalah si ayah melangkah menuju bilik anaknya dan membuka pintu.
Didapati anaknya masih belum tidur.


"kalu kamu betul-betul perlu duit, nah ambillah sepuluh ringgit ini," kata si ayah.


Kanak-kanak itu segera bangun dan tersenyum girang.


"Terima kasih banyak ayah," katanya begitu gembira.


Kemudian dia tercari-cari sesuatu di bawah bantalnya dan mengeluarkan sekeping not sepuluh ringgit yang sudah renyuk. Bila ternampak duit itu si ayah kembali berang.


"Kenapa kamu mintak duit lagi sedangkan kamu dah ada duit sebanyak itu? Dari mana kamu dapat duit di bawah bantal tu?" Jerkah si ayah.


Si anak tunduk tidak berani merenung wajah ayahnya.


"Duit ni Amin kumpul dari belanja sekolah yang ayah beri setiap hari. Amin minta lagi 10 ringgit sebab duit yang Amin ada sekarang tak cukup," jawab si anak perlahan.


"Tak cukup untuk beli apa?" soal balik si ayah.


"Ayah, sekarang Amin sudah ada 20 ringgit. Ayah ambil duit ni. Amin nak beli sejam dari masa ayah. Amin nak makan malam bersama ayah," jawab si anak tanpa berani memandang wajah ayahnya.


Baru si ayah benar-benar faham maksud anaknya itu.


"Hargailah insan sekeliling anda sebaiknya"
"Merekalah permata hati dunia akhirat"


Sumber: http://www.koleksicinta.co.cc/2008/05/nilai-sepuluh-ringgit.html

Sila Komen..
Bestnya dapat baca komen korunk nanti :)
Menarik hadiah kat sini rupanya | Kamus Elektronik BI-BM
Kisah anak dan ayah

Assalamualaikum dan selamat petang kawan2!
:)


"Persamaan membina keserasian
Perbezaan melengkapkan"



Post kali ni aku nak story pasal sorang awek.
(sebab aku dah janji nak post pasal dia..huhuhu)
awek nih.. aku baru kenal lebih kurang 3 minggu cenggitu.
Mula2 nampak dia time Sukaneka JMTI.
Masa tu aku jadi AJK.
Pas sukan tuh, aku upload gambar2 then masing2 duk tag kat gambar tuh.
Aku usha la profile sorang2. Muka aku kenal tapi nama aku tak kenal.

----------------------------------------------------
Dipendekkan cerita..

Ok, sekarang aku dah tau nama dia.
Time aku terserempak ngan dia kat Dewan Makan,
aku panggil la nama dia kuat2

SYI******!!

Nak test nama tu betul ker tak..
Tengok2, dia berpaling wooo..
Tak silap aku 2 kali aku jumpa dia, 2 kali jugak aku panggil nama dia kuat2.

Pastu aku chat ngan dia kat facebook.
Dia merajok ngan aku..Sob2.
Aku pun cepat2 cari idea nak pujuk budak comel tuh.
Tak pujuk kang, tak dapat ngorat plak..muahahhaha
Pujuk punya pujuk.. Dia mintak coklat cadbury~
Fuuhhh..Dahsyat sungguh!! :p
Dia punya pasal, aku okay ja..

Lupa nak bagitau, masa tu aku takde no phone dia, so camner nak bagi hadiah tu nanti?
Gini cara dia.

"Nanti awak msg saya pasal cadbury tu kay" - aku
"Okay" - awek

And pada satu masa. Message Received. Bukak2, dia tulis camnie.

"Cadbury"
Short but precise tuh




Yeasss!!! Aku dapat no phone dia!! Yehaaaa.. (sambil joget2)

Maka, bermulalah perkenalan kami berdua. Acess!


"You can take my heart,
Close to your heart.."


And alhamdullillah, perkenalan kami kekal sampai sekarang.
And coklat cadbury pun aku dah bagi tanda nak ngorat mintak maaf.

Dia
--------

  1. Seorang yang baik, solehah
  2. Seorang yang menjaga auratnya
  3. Seorang yang bersopan santun
  4. Seorang yang memahami
  5. Dan dia jugak C.O.M.E.L!!


Sila Komen..
Bestnya dapat baca komen korunk nanti :)
Menarik hadiah kat sini rupanya | Kamus Elektronik BI-BM

Assalamualaikum


Semalam, aku kluar ngan sorang guy and awek tuk overnight hilangkan boring.Almaklumlerrr..CUTI..
Ceritanya begini.



R&R


Mula2 tuh , kitorang nak overnight kat R&R jer.
Kitorang nyanyi2, hiburkan diri sambil tengok laut, dengar bunyi ombak, bunyi ikan sambil tengok bintang bulan.
Kalau lah bulan bisa ngomong sih!
Then, aku main piano kat laptop sampaila orang sekeliling duk usha2 aku dari belakang.
Kalau aku buat show, leh wat duit tuuu!! akekeke.

Kitorang kat sana nun sampai kol 12 malam camtu. Dah baring2 pun taw. Tapi plan berubah bila mat2 India duk usha semacam jer.Hampes! =.="
Yang risaunya sebab ada sorang awek ngan kitorang
So kitorang tukar plan, tido dalam kete .

Dipendekkan cerita, Aku berkorban stay sepanjang malam and bawak diorang jalan2 tanpa hala tuju. Bawak 60km/jam selama 4 jam berterusan.Tanpa Henti woo! Memang mengantukkan arghh.
Diorang pun tertido kat belakang. AKu still berjaga. keh3.
Tup2, kol 4.30 camtu kitorang sampai kat KEDAH and aku rehat jap coz nak beli air and ke tandas.
Masing2 tekejut biawak dari tido and ambik angin sket2 kat beberapa tempat.


HIGHWAY

Dari Kedah nak balik semula ke Penang, kitorang lalu kot highway nun.
Time nieh, aku sorang2 lagi yang stay(sob2), 2 orang tu tido lagi . Isk2..Pulas tlinge baru taw.
AKu bawak la kereta sambil dengar lagu2 kat radio sorang2.
Cuaca mmg dingin btol masa tu. Memang syok bukak tingkap and rasa angin yang masuk.
Angin sepoi2 taufan plak tuh.

Lama lama, aku pun mula rasa letih and mengantuk. Berenti kejap kat perhentian GURUN coz nak sembahyang subuh then pejam mata lam 2 minit camtu jer.
"Sembahyang jangan lupa" - pesanan

Kitorang pilih nak masuk highway sebab cepat, takder lubang2 ngan traffic light.
Disebabkan mengantuk, aku TERTIDO sambil bawak kereta lebih kurang 1 minit!!!
Aku terjaga bila aku terlepas pedal minyak secara mengejut..
Dengan kelajuan 90/km dalam mata terpejam selama 1 min.


macam2 boleh berlaku!!!

Alhamdulillah, aku selamat sampai ke destinasi.

"Memandulah dengan selamat. Ingat orang tersayang"
"Rehat dulu kalao mengantuk!"

"Ya Allah, Terima kasih kerana masih panjangkan umurku dan rakan2 ku.
Terima kasih kerana menyelamatkan perjalananku"

--------------------------------------------
Apa2 pun, aku rindukan budak comeyl aku.
Sian dia tak dapat tido sebab kena gigit nyamuk.


Sila Komen..
Bestnya dapat baca komen korunk nanti :)
Menarik hadiah kat sini rupanya | Kamus Elektronik BI-BM
Assalamualaikum dan selamat pagii..

"Camner niehhh...
Aku nak ngorat awek..
Tapi tak dapat2.
Dia pandang aku pun sebelah mata jer."


Pernah terjadi kat korunk tak?
Rileks2.. Mungkin korunk salah teknik ataupun cara.
Sini aku nak kongsikan tips camner korunk nak jadi lelaki idaman awek2 kat luar sana nun.



Berketrampilan Rapi dan Bersih

Yang ni 1st impression yang awek2 kat luar sana nilai. Cara berpakaian mencerminkan sifat peribadi seorang lelaki. Pakaian yang menarik leh buatkan korunk jadi perhatian pompuan dan mereka akan berkata "perghh, hensemnye dia!Tergoda i!!" Jadi, jagalah penampilan korunk dari segi pakaian, rambut dan segala2nya lah..Biar nampak hensem gitu.. Pastu, guna perfume yang wangi sampai awek cam nak peluk cium jer baju korunk. Duduk ngan korunk pun rapat2. Amacam, ada bran?



Jangan Sombong (sporting)

Biar korunk ni hebat atau talented mana pun, jangan sombong dan jadi pemurah dengan bakat yang korunk ada tuh. Cuba jadi seorang yang rendah diri, pandai bergaul dan dapatkan ramai kawan. Senyum kat orang leh buatkan awek tertawan. Cara ni membuatkan wanita kat luar sana pandang tinggi kat korunk taw!


Jual Mahal

20 hengget sekilo, 20 hengget sekilo...Haaa..Bukan tu maksudnya jual mahal derr..
Caranya, cuba buat yang diri korunk ni sukar nak ditawan dan cinta korunk tu just tuk orang yang betol2 korunk suka jer.. Baru la nampak cinta sejati gitu..Jangan tunjukkan yang korunk ni terhegeh2 nak dapatkan cinta si dia. Bila jual mahal, barula aset korang akan jadi lagi tinggi. Jangan la sampai over plak. Terlepas wa tak tau.

Dalam hati pompuan, diorang akan cakap camnie:
"Aku geram la dia tuu..Aku minat kat dia, dia wat tak tau jer kat aku.Bengang aku! "


Humoris

9 daripada 10 awek, suka kepada lelaki yang lawak. Cuba jadikan diri korunk seorang yang lawak. Korunk kena bijak cari idea yang boleh buatkan awek terhibur ngan gelagat korunk tuh. And jadikan perbualan sentiasa menyenangkan.Sampai tertido pun awek ingat kat korunk. Bijak2 lah cari ayat yerk!

Contoh:
Awek: Kenapa awak tak tido lagi?
Laki2: Tunggu bulan jadi warna pink baru nak tido.


Selalu Kelihatan Tenang

Walau apa2 pun situasi yang korunk hadapi..Masalah yang korunk ada, cuba bertenang setiap masa. Kawal emosi dan perasaan sebaik mungkin. Lelaki yang mampu kawal emosi akan nampak cool kat mata awek2. Awek suka kepada lelaki yang selalu tenang sebabnya diorang berharap korunk mampu tuk tenangkan dia nanti. Jangan sampai korunk nampak gugup and penakut plak.


Bertanggungjawab

Dalam apa2 pun perkara yang korunk lakukan, cuba lakukan tanggungjawab sebaik mungkin dan sentiasa menepati masa.
Jangan biarkan si awek nampak yang korunk nie tak leh diharap langsung. Biar diorang nampak yang korunk nie dewasa dan boleh dipercayai. Orait?


Mahir dalam semua hal

Kalau boleh, cuba mahirkan dalam banyak bidang. Contohnya, baiki komputer, basikal, kereta, main alat muzik, berkomunikasi depan orang ramai dan macam2 lass..
Perkara2 macamnie leh buatkan awek2 kat luar sana tergoda ngan bakat yang korunk ada. And tunjukkan la bakat yang korunk ada tuh. Kalau diorang tak tau, tak guna gak. Baik main kat depan binatz2 sana nun..paham? :p


Jadi misterious

Wanita ada satu kelebihan untuk membuat cerita2 misteri berbanding lelaki. Jadi, kalau korunk jadi sedikit misterious, korunk bakal jadi bahan fikirannya. Biarkan sifat dan kemahuan korunk tak mudah dibaca. Biar diorang selalu terfikir2.

"Btol ker dia nie dah ada awek?"
"Btol ker dia terkenal? Jelesnyaaa~"
"Dia kluar ngan sapa nanti?"

Misteri itu manis!!

------------------------------------------------
Jodoh dan pertemuan di tangan tuhan. Yang penting kita mencuba.
Rezeki tak datang bergolek. Kalau dah terlebih rezeki tu, nikmat dunia tuh! hau3!
Kongsi2 la no phone awek kat aku nantih. Wokeh beb?

Tu jer la yang aku nak kongsikan sket. Nak tidoq plak..
ZZZZ (sedapnya tidoq~)



p/s: Korunk jangan ngorat awek aku plak walaupun aku single =.="

Assalaaaamualaikum.
Apa khabar saudara saudari sekalian alam?akekeke..


waaahh.. MInggu ni dapat cuti 3 hari. Isnin takdak kelas satu harriii.. Syokk wooo..
Tapi tak terasa nak kluar gie jalan mana2 la plak..
Tak gie cuci mata dahh walaupun banyak manfaatnya..hau3..
Just duk hostel jer jadi anak dara..akekekek..

Tapi aku sedih btol la. Roomate kesayangan aku syok2 jer dapat balik umah.
almaklumler...umah dia dekat.Kalau pinjam beskal mat2 bangla kat tepi kilang aku ni pun leh sampai umah dia..ishh..jeles sungguh!

So sekarang ni aku duk bilik sorang2 jer..
Takda ka volunteer yang leh teman aku??
Tolong wat air milo kaaa.. Masak maggie kaa..

Haa...Wait seminit..Lupa nak bagitau, sebelum roomate aku tinggalkan aku..
Dia tinggal aku dengan binatang2 peliharaan dia..
Ni ha binatang tuu...



Dinasour wa cakap lu!!!!
1...2...3...4..
10 ekor semuanya..

Tapi alhamdulillah, binatang2 tersebut tak mengancam ketenteraman bilik aku.
Masih cute dan jinak. Sedap dibaling dan dilambung2..

Yang aku risaunyer..
Kalau binatang2 ni ngorat aku camner??
sapa nak jawap? haa??
:p


p/s: Roomate, sampai hati kau tinggalkan aku dengan binatang2.. =.="

Sila Komen..
Bestnya dapat baca komen korunk nanti :)
Menarik hadiah kat sini rupanya | Kamus Elektronik BI-BM



Assalamualaikum and selamat pagi^^
Senyumm..tak perlu kata apa2. (^.^)v



Setiap insan, mesti ada bender yang penting baginya kan?
Dalam life nie, bender apa yang korunk anggap paling penting dalam hidup korunk??
Ni bukan pasal keimanaan, cinta, perasaan ok!
Maksud aku B.E.N.D.E.R a.k.a barang.. ada paham?? :p
Kemungkinan besar sekeh laju2 mampu membuatkan pemahaman menjadi lebih cepat.

Ha, kalao barang tu takder, korunk rasa cam life ni tak perfect,dunia ni kejam, rasa cam tak dapat hidup lama dan rasa nak terjun bangunan jer.. And kadang2, leh parkinson kalau barang tuh takder ngan korunk. ada?? Mesti ada kan?? ada kan3?

.
.
.



Tangan di dada, mata keatas~

Meh aku kongsi gadget yang penting dalam life to be aku.
Gadget2 ni buah hati aku..Buah jantung aku..buah ..ermm..buah ..ermm.. Dah cukup2!
usha nie..zassss~


KAMERA

NI gadget yang aku slalu bawak kluar gi mana2..Macam awek gitu.. Kamera ni dah hampir 3 tahun wooo..Setia bersama aku. Yang tensionnya bila bateri takder.Terpaksa la aku cari pengganti..akekeke.. Gambar2 outing, photoshoot, landscape and macam2, semua aku guna kamera nieh. Almaklum ler, takdak DSLR agi..uwaaaa2.. Tapi yang paling penting, teknik ambik gambar jer kan? :p


HANDYCAM

Ni plak handycam yang aku baru beli. Jeles tak? Kilat berair lagi tau! Bila dah lama main ngan kamera nieh, aku pun tertarik la plak nak main ngan video. Yer la, video bukan semua orang buat kan? Kalau kamera, dah ramai.Yang duk ambik gambar dalam tandas guna henset pun berlambak kan3?


LOMO



Pernah tengok bender camnie kat mana2? Ni namanya kamera lomo. Nampak cam kamera lama2 kan? antik gitu! Kamera ni pakai filem. Nak main kamera nie, kena prepare duit banyak2 nak beli filem2(cth kodak) segala pastu kena gie kedai, cuci lagi. ishh..meluat sungguh! Tapi sronok main kamera nie. Takyah setting2 segala.. :p


BENDER AJAIB



Cuba korang teka binatang ajaib apakah bender alah kat atas? Salah satu gadjet penting jugak nieh. ha..Ni la binocular aku. Sangat berguna taw! Gadget ni boleh digunakan kat mana2 jer even nak usha keunikan kat asrama pompuan..uishhh..nikmat dunia tuh.. wakakakkaka..
Jangan mareee..


Hasil gambar:
Flickr
Facebook (lagi banyak kat sini)


Sila Komen..
Bestnya dapat baca komen korunk nanti :)
Menarik hadiah kat sini rupanya | Kamus Elektronik BI-BM