Showing posts with label kawan. Show all posts
Showing posts with label kawan. Show all posts
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca semua.
Hopefully korunk sihat2, takder sedih2, sakit hati or kecewa wokeeyy.

Dalam dunia ni, kita saling memerlukan orang lain.
Kita tak mampu hidup dengan bahagia kalau kita duk sorang2.
Korunk mesti pernah duk sorang2 kan?
Ada rasa bahagia x? Mesti tak arr!

But if ada kawan2 sekeliling life ni mesti seronoknyer pun..
Ada tempat mengadu..ada tempat luangkan masa together2.
And tempat tuk jadi telinga korunk. Ada jugak masa nak wat giler2 korunk tuh.



Dalam persahabatan, turun naik tu perkara biasa..
Sekejap kita baik, sekejap kita gaduh.


"Kita akan bergaduh dengan orang yang kita rapat"


Aku rasakan bender tu betol. Because dalam perhubungan mesti ada perselihan faham.
Ada jeles, ada tak puas hati dan sifat2 negatif lain. Btol kan?

Bergaduh kadang2 membawa manfaat if kita pandai selesaikannya.
Sebabnya kita tahu apa yang patut kita ubah tuk jadi lebih baik.


"Kita akan kenal seseorang sekiranya kita bergaduh dengannya"

Jika kita nak perbaiki diri, dengarlah kata2 dari musuh kita


"Kata2 yang paling jujur adalah daripada musuh kita"


Walau apa pun yang berlaku,
Hargailah setiap persahabatan yang ada keyh..
caaaaayyyyuunnkkk korunk.
^^


Sila Komen..
Bestnya dapat baca komen korunk nanti :)
Menarik hadiah kat sini rupanya | Kamus Elektronik BI-BM
http://sembangseposen.blogspot.com
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Post kali ni aku watkan khas tuk seseorang yang pernah aku kenal.
Yang pernah aku rapat. Yang pernah keluar dengan aku.
And pernah watkan aku hepi..
.
.
.
Walaupun seketika..





"Happy Birthday to you..
Happy BirThDay TO You.."



Selamat hari lahir yang ke -19!



Qu takkan lupakan janji qu nak bagitau semua jawapan yang kamu pernah tanya
satu ketika dulu..



kenapa air warna hijau
sebab laut tu tau hijau tu warna kegemaran kamu


kenapa batu warna hitam
sebabnya tuhan nak tunjukkan kesalahan qu terhadap kamu mungkin


kenapa kamu tak merokok?
sebab qu nak hidup lebih lama nak tengok senyuman kamu yang manis tu


kenapa qu suka tangkap gambar?
sebab nanti qu boleh bawak seseorang kat tempat cantik yang pernah qu pergi
..Mungkin kamu..


DAN


kenapa qu suka cuci mata
Qu perlukan seseorang tuk alih perhatian qu. Boleh kamu bantu?


Jawapan tu qu simpan lepas dari balik keluar hari tu..Sampai la sekarang.
Hope jawapan tu tak mengecewakan kamu.


Wish untuk kamu
----------------------
  1. Semoga panjang umur
  2. Semoga murah rezeki
  3. Semoga sentiasa ceria selalu
  4. Semoga dikurniakan pasangan yang tepat
  5. Semoga sentiasa berjaya dalam hidup

Maafkan qu..Qu sengaja tinggalkan kamu..tak pujuk kamu btol2..
sebab qu taknak ganggu hubungan kamu ngan seseorang.


Semoga kamu bahagia selamanya :)
and TAHNIAH tuk kamu^^

"Semalam adalah kenangan
hari ini adalah kenyataan
esok adalah harapan... "



p/s: Hope kamu tgk video tu.. Post ni akan dihapuskan dalam masa 2 hari. Tq.


Sila Komen..
Bestnya dapat baca komen korunk nanti :)
Menarik hadiah kat sini rupanya | Kamus Elektronik BI-BM
Dalam dunia ini, kita perlu bergantung kepada diri sendiri. Tetapi, dalam kita bersendiri, kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita dan berada di samping kita ketika kita memerlukan seseorang.


Kita sering mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat.
Sahabat anda juga mengharapkan keikhlasan dan kejujuran anda.
Tetapi, kita sedarkah tentang hal itu??. Kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita. Kita berasa kecewa dan dikhianati bila dia tidak menepati janjinya. Tapi, pernahkah kita memberikan dia peluang untuk memberikan sedikit penerangan dan kita mendengarnya dengan baik?

Jika tidak....Egonya Kamu!!!
Adakah kamu tidak pernah melukakan, menyakitkan dan membuatkan sahabat di sekeliling kamu berasa kecewa?? Wah!!! Hebat...Memang Hebat!!



Kita sering menganggap alasan sahabat kita adalah untuk menutup kesilapan dan membela diri.
Tapi...Kita terlupa, kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti. ...Sedarkah kita?? kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati. Kita beri beribu alasan, 'memaksa'dia menerima alasan kita. Waktu itu, Pernahkah kita memikirkan perasaannya?? Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa....tetapi kita sering terlupa.

Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan, harapan dan impian kita.Kadang2 dia menjadi tempat untuk kita bersandar dan menangis di sisinya. Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang diri kita hingga kadang-kadang terlupa kawan kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita. Adakah anda tahu?? Anda pernah bertanya??

Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang impiannya, keinginannya,perasaan takut, rasa kurang selesanya terhadap kita??

Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita? Sejauh manakah kita gembira tentang berita gembiranya dan turut sedih tentang berita sedihnya?? Ikhlaskah kita?? Dia menjadi sumber kekuatan bagi kita, namun, Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya seperti mana dia meniup semangat setiap kali kita merasa kecewa dan menyerah kalah dan kadang2 terluka??




Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah? Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan?

Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita. Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan, kerana dia juga seorang manusia; dia juga ada rasa takut, ada rasa...bimbang, sedih dan kecewa.

Dia juga ada kelemahan dan dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan. Jadilah kita kawannya itu. Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka. Disebalik senyumannya itu, mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan,disebalik kesenangannya, mungkin tersimpan seribu kekalutan, kita tidak tahu.. tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti dia, mungkin kita akan tahu.
Renungilah.. . terima kasih padamu sahabatku..maafkanl ah diriku kerana selalu silap tafsir terhadap dirimu..


Aku juga memohon maaf seikhlasnya sekiranya blog ini menyinggung mana-mana pihak. Bukanlah niatku untuk menjatuhkan maruah atau memutuskan ikatan persahabatan. Tapi blog ini adalah sekadar perkongsian santai dan bakal menjadi kenangan kita bersama nanti.

Aku juga manusia dan akan pergi meninggalkan dunia ini akhirnya.

Sayangilah sahabat anda sebaik mungkin. Sahabat yang baik, kekal hingga ke akhirnya.

Buat rakan-rakan yang mengenali aku, AKU SAYANG KAMU..
Hidup nie seronok dengan kehadiran korang. :) Senyum....

Geby - Tinggal Kenangan

P/S: buat sahabat-sahabatku yang sering terkecil hati kerana perbuatan atau kekasaran bahasaku...aku memohon keampunan dari kalian...maafkanlah diriku....



Sila Komen..
Bestnya dapat baca komen korunk nanti :)
Menarik hadiah kat sini rupanya | Kamus Elektronik BI-BM


kenapa tiba2 rindu plak nie syarif oit..hehe..
Sebenarnya, aku baru jer pas tgk gambar kenangan masa aku time muda2 sekolah dulu.
Masa ni, aku joined lawatan pengawas pas habis SPM kat

Lost World Of Tambun.

Bila aku dah ada blog nie, aku rasa cam nak kongsi la plak gambar-gambar kenangan aku ngan korunk.
Gambar-gambar masa lawatan tu banyak aku yang ambikkan.
Tu pun aku tumpang culik kamera kawan aku punye.. hahahahahaha! Gelak sket.
Ni ha, gambar2 tersebut. Sorry, gambar-gambar sensored cina-cina yang duk mandi aku takder k. For personal uses only..hahahahaha!

Meh usha gambar nie..zaaass~



monyet tu gatal!!!

love u all!

sahabat sejati^^

miss this time

wooopss..no komen~


jalan2 yaw..

nak skett!!!

Tadi aku nampak awek wa cakap luu~

awek ni malu2 kambing..keh3

apa?? ada org terkentut td?

hai awek2. :p

Badut.Me.Member


sory la kalau korang selalu nampak gambar pompuan jerk..hahahah.aku mmg suka pompuan sebab aku laki. kalau aku asyik ambik gambar laki, tak meaningful ar life nie.. lalalalala..

p/s: Gambar aku bersama gurl2 diatas bukanlah awek angkat atau pasangan aku.

TUk kawan-kawan ku, aku nak nyanyikan satu lagu tuk korang. Lagu ni dinyanyikan oleh ACAB. Dengar aku nyanyi kay..


ACAB - BERSAMA SEMULA

Terkenang, Terbayang,
Tak dapat aku lupakan,
tapi sayang semuanya tinggal kenangan.

teman ku, kasihku,
ku ingin seperti dulu,
bersama menjelajah dunia.

kekuatan, kebanggaan,
bebas dan terus berjalan,
kenangan tak mungkin aku lupakan.

aku harap teman semua
dapat bersama semula
perjuangan kita masih belum pudah

c/o:
kemananya
teman setia
perjuangan…
ku ingin kau semua…
bersama semula…


Download kat sini.


"Semalam adalah kenangan, hari ini adalah kenyataan, esok adalah harapan….. Iman itu bukan hanya harapan, ia adalah apa yang terpancar di dalam hati dan dibuktikan dengan amalan…"



Sila Komen..
Bestnya dapat baca komen korunk nanti :)
Menarik hadiah kat sini rupanya | Kamus Elektronik BI-BM