Hari ni cuaca kat Malaysia panas btol..
Berpeluh2 aku nak gi kat kete.

Ehek hek3..
Bunyi kete "ferrarri" ku berdehem cute..
Aku masuk gear satu terus bergerak pantas ke destinasi. PCDepot..
Sampai kat PCDepot jer, aku parking kete dengan penuh stylo sambil tak diperhatikan mana2 awek. Hampes~ Kecewa sungguh!

Aku melangkah bergaya masuk dalam PCDepot Servis Center , letak laptop atas meja then bagitau pekerja tuh, harddisk aku rosak. Dia cek kejap, dia kata:

"Ini aaa, file missing je bukan harddisk rosak.. Adjust RM35 suda. Tunggu sat."

"OK" (dalam hati, kalo btol2 file missing jer, selamat ler)




Krrioookkk Kriioookkkk..
Cis, makhluk ajaib mana yang duk wat bunyi tak senonoh tu.
Kalau aku jumpa beliau, aku cam nak langgor lari jer beliau tersebut.Takder civik langsung2!

Usha kanan..usha kirih..cess!! rupanya perut aku duk bunyi2 manja.

"Apek, saya pergi makan dulu. Nanti saya datang"


--------------------------------------------

Aku masuk kat kedai makan.
Lalu kot sebelah awek 3 orang yang ngah duk makan kat situ.

"Brader, milo ais suam satuhh!"

Pastu aku perasan awek kat situ duk tengok aku..
Aku gie kat tempat wat roti canai plak.

"Roti telur itik satu, roti kosong satu, kuah banjir yaw"

Mata aku pun duk usha2 port yang menarik nak cuci2 mata sambil makan nantih then duduk dengan hensemnya dekat satu meja tuh..
Aku pun ngan comelnya disitu sambil baca surat khabar.

-----------------

Sambil aku makan, awek tu duk tengok2 aku lagi.
Hampir separuh aku makan roti canai, awek tuh pun bla dari situ.

Pastu aku baru terfikir,
Barulah aku paham kenapa awek2 kat situ duk usha2 aku.
Aku pejam mata ketat2 then cuba hidu bau aku. Ok, sekarang aku dah dapat!
Diorang mesti tergoda ngan bau aku.


Menyesal aku pakai deodarant axe banyak2 tadi.



p/s: Apek tu cek, laptop tuh mmg harddisk rosak.Kalu file missing jerk, takder la aku hantar servis. ades...Tujuan sebenar aku gi sana sebab nak tukar harddisk.


Sila Komen..
Bestnya dapat baca komen korunk nanti :)
Menarik hadiah kat sini rupanya | Kamus Elektronik BI-BM
0 Responses