Assalamualaikum dan salam sejahtera kawan2 ku semua.

Ogenki desu ka?? Genki?? Anooo..Mou tabeta??
hak2.
Apa plak yang aku duk mencarut kat atas tu. Aku cakap bahasa zimbabwe ker apa?? isk2.
Aku bukanlah cakap bahasa zimbabwe, tamil atau afghanistan. Tapi tu la bahasa jepun.
Haaa..korang tau tak apa maksudnya??
Meh aku translate.

Ogenki desu ka?? = Apa khabar??
Genki?? = sihat..
anooo.. = ermmm
Mou tabeta?? = dah makan??

skarang korang dah faham? Bagus2.

Baru2 ni aku ada kuar ngan member2 aku tuk luangkan masa sempena cuti semester nie. Kitorang kuar pun takder la ramai sangat dalam 3 kampung 7-8 orang camtu jer.

Antara ahli gusti yang turut serta:
Haiqal,Fadhil,Mat,Izwan, Rayzuddin, Faridza, Fatin, Sya.

artis jemputan kita:
ary putra <<< haaa...korang percaya tak? Kitorang jumpa dia masa ngah main bowling taw.

Tapi masa kitorang kuar tu, cuaca tak berapa menentu btol la. Sekejap2 salji hujan. AKu nak shooting pun ada yang tengah hujan. hoho..
Segan la plak nak tunjuk gambar aku kat korang.. Apa2 pun, korang enjoy la tgk gambar yang telah aku shot.

Ni ha gambar yang berjaya diambil masa kitorang kuar.






















Overall, aku seronok kuar ngan diorang. Semua sporting2 and baik. Lenkali, kalau ada masa, kita kuar lagi kay. Thanks to all my friends. Love her you all!!

P/S: Lenkali, kita kuar sama2 lak, ok tak?




Sila Komen..
Bestnya dapat baca komen korunk nanti :)
Menarik hadiah kat sini rupanya | Kamus Elektronik BI-BM

Assalamualaikum dan Selamat pagi Malaysia!!! hohoho..

Apa khabar?? Macammana ngan cuaca hari nie?? Ok x?
Pagi2 nie korang semua wat per?? Berbroadband?? Berstreamyx??

aaaa..Bosannya cuti ni..Tak tau nak wat per.
Aku nie asyik2 programming, programming.. Korang lak wat per? ada gie jalan2 x?? Waaa..syoknya kalau dapat jalan2 ngan korang. Leh gak isi masa lapang aku. Release tension.

Sedang aku duk asyik tengok lampu kat broadband aku, aku terfikir, macammana la lagak aku ngan bini aku bila dah kawen nanti.

Adakah macam nie??

Suami : (Setelah balik lewat dari pejabat) "Selamat malam sayang, sekarang saya logged in."

Isteri : Abang ada beli tak barang yang saya pesan tadi?

Suami : Bad command or filename.

Isteri : Tapi kan ke saya dah call abang pagi tadi kat pejabat suruh abang beli!

Suami : Errorneous syntax. Abort?

isteri : Ish. Abang nih, takkan itu pon tak ingat? Hahaa..... Abang kata tadi dalam telefon nak beli tv? Mana dia?

Suami : Variable not found...

Isteri : Abang nih memang tak bole harap la. Bak kad kredit abang. Biar saya pergi belikan dan shopping barang dapur sekali.

Suami : Sharing Violation. Access denied...

Isteri : Abang ni tak sayang saya ke? abang lebih sayang komputer abang tu dari saya. Saya tak tahan la kalau macam ni selalu.

Suami : Too many parameters...

Isteri : Saya menyesal pilih abang sebagai suami saya. Harapkan muka je hensem.

Suami : Data type mismatch.

Isteri : Abang nih memang betul-betul tak berguna la.

Suami : It's by Default.

Isteri : Macamana pula dengan gaji abang?

Suami : File in use ... Try later.

Isteri : Kalau begitu, apa peranan saya disisi abang sebagai seorang isteri?

Suami : Unknown Virus. "

Hoho..Aku sendiri pun tak tau. Kita biarkan misteri ini diselubungi misteri itu sendiri.kuang3. :p


P/S: Mana ntah henset aku nie.. Semalam time aku tido ada lagi..

Assalamualaikum dan salam sejahtera bebeh!!

Selamat pagi..Selamat pagi.. (sambil tertunduk2 cam orang jepun)

Waaahh..damai sungguh suasani pagi nie..
Tak hot tak cool..suam2 kuku gituhh~
Ting tong pun sedap time camnieh! :p

Sebelum aku sembang dengan lebih panjang, aku nak tya korang nieh.
Korang semua pekaba hari nie?? Sihatt?? Kalau sihat alhamdulillah. Korang semua dah makan belum ni?
Kalau belum, jom kita makan sama2. Pagi ni mak aku masakkan mee goreng tau! Terbaik dari kilang. Hoho..


Haa..tuk pengetahuan korang, aku tak start lagi wat lesen kete. sob3!! :(
Ada beberapa perkara yang diluar jangkaan berlaku.
Mungkin aku akan start hari jumaat atau sabtu. InsyaAllah.
Aku harap sangat dapat lesen kete cepat2 sebab nak gie usha awek lak pastuh..hahaha..
Takder la..sebabnya, aku nak bawak kete time masuk U nantih..
senang nak gie mana2..Leh ulang alik dari Terengganu and Penang bila2 masa.


Tuk pengetahuan korunk2 semua, 19hb nie besday aku yang ke 18.
Muda lagi aku nihhh okay!!!
so, aku menunggu wish korunk semua..
Kawan2, tuk pengetahuan korang, 19hb merupakan befday aku yang ke 18 taw so aku menunggu wish korang semua.
Kalau aku tak dapat wish dari korang, siap la korang aku kerjakan.
ugut nieh..hahaha!!

Yeayy..besday aku!!

Sedangkan Celcom ingat befday aku
diorang siap bagi ciuman dan awek2 cun diorang kredit percuma seminggu tuuuhh,
ni apatah lagi korang, sahabat terbaik aku.. mesti aku akan tertouching giler kalau aku tak menerima wish dari korang
Jadi, setkan dalam henset korang pasal befday aku. muahahaha.


eh, korang2. k la..aku nak gie mandi and makan jap nie. Nanti apa2 hal, aku update lagi blog aku nie. Nantikannya..di masa yang lain, di siaran yang sama dari broooo Syarif.. Miaw.

P/S: Rasa cam nak gie jalan2 kat pantai ar plak.
P/S: Pagi ni nak ajar member aku wat blog. Mesti syok..




Sila Komen..
Bestnya dapat baca komen korunk nanti :)
Menarik hadiah kat sini rupanya | Kamus Elektronik BI-BM
Assalamualaikum dan selamat hari ahad..

Apa khabar pengunjung2 semua?? Sihat takkk???
Korang semua dah makan belum nie?? Tadi, aku baru jer lepas makan lempeng nyior.
Korang tau tak lempeng nyior tu camner? Lempeng nyior ni bukan sejenis kereta kebal atau sejenis nama penguin tau. Kalau korang nak tau, lempeng nyior ni bentuk dia cam roti canai sket. Tapi bender ni diperbuat daripada gandum. Kalau korang nak rasa, leh la datang umah aku. Aku belanja korang makan.. Skali makan, korang pasti nak sokmo. kekekeke.

haaa..sekarang ni mesti korang semua ngah cuti semesta kan? Korang ngah wat per sekarang nie? Sementara cuti ni, apa rancangan korang tuk enjoykan diri?
Aku plak still lagi tak tau nak enjoykan diri camner time2 cuti nie. Still lagi ngah cari idea.

Aku pun ngah cuti semesta gak sekarang ni.Ramai jugak member2 ku yang tunggu aku balik kat umah. Ada banyak perkara yang yang nak dilakukan bila berjumpa ngan member2 yang dah lama tak jumpa.Ada yang nak ajak aku join bbq, gie kat Lost World of Tambun, gie jalan2 and macam2 lagi la..Tapi aku tak pasti lagi aku nak ikut ker tak.Kalau korang pun nak jumpa aku, datang la kat umah aku kay. Aku menanti korang.Hoho..

Tuk makluman korang, hari selasa ni aku akan mulakan latihan aku tuk mendapatkan lesen kereta and motor tau. Bagi sesapa yang tak der lesen motor or kete lagi tu, apa kata korang dapatkan semencara cuti nie.. Nanti kalau korang nak gie jalan ngan member2 ker..senang ar sket.. nak ngepong awek pun senang.wahahah!.

Errmm..InsyaAllah, kalau dah dapat lesen kete nanti, aku nak bawak kete kancil kat umah aku nie gie kat JMTI. Doakan jer la agar aku dapat bawak kete kancil ngan selamat kay. Nanti leh la aku bawak *f*f*h gie jalan2 gie clubbing krico, pulau pinang and lain2 lagi..hohoho.

k la beb. Azan dah pun berkumandang tuh. Seruan ilahi dah menyapa aku. So, aku nak gie main dota semayang lu la..Jumpa korang lagi di masa akan datang. :)


P/S: Malam nie jom kita gie minum kat luar nak tak?? My treat..



Sila Komen..
Bestnya dapat baca komen korunk nanti :)
Menarik hadiah kat sini rupanya | Kamus Elektronik BI-BM
Assalamualaikum dan yo yo wassup2.

Apa khabar JMTIIIIII??!!!
ahaks..macam ngah jadi pengacara la plak rasanya.
Korang2 hari nie pekaba? SIhat walafiat tak?
kalau sihat, alhamdulillah..
yang tak sihat tu, cepat2 la chau dari sini.ahaks! makan ubat penenang.

ha..pengunjung2 Sembang Gebang...Eh2, pengunjung SembangSeposen mesti ternanti2 entri terbaru daripada gua kan?? Giler perasan~..Rasa cam nak terjun bangunan terus.

Ok2. Nak dijadikan cerita, aku and da geng sebenarnya ngah struggle final kat JMTI ni hah. Kitorang semua duk sibuk2 usha awek stadi apa yang tak mantap lagi tuh. Nak2 physics. Perghhhh... Ramai manusia kat JMTI yang xberapa nak score subjek ajaib nih.

Dalam minggu nie, kemungkinan aku akan update blog aku nie lewat sikit sebab nak fokus pada awek stadi. Tapi korang semua jangan risau bebeh. InsyaAllah aku akan kongsikan cerita-cerita panas awek kat sini menaaaarik tuk korang. Korang mesti nak baca punya ar..

Walaaah. Jam plak dah menunjukkan belangnya.Kol 7.35 A.M . Its time for the preparation. Aku ada exam programming jap gie. Nak siap gie mandi ngan awek sakura plak. Nanti pas habis exam insyaAllah aku akan cari ruang tuk meng"hupdate" blog nis.

Assalamualaikum.




P/S: Mana pulak tuala aku nie. Mesti orang rumah aku ngah guna. hak2. (imaginasi only).


Assalamualaikum dan selamat pagi wira dan wirawati!!
Ahaks.Terikut2 gaya PLKN time muda2 dulu la plak.

Waaaa...Syoknya, hari ni dah hari Sabtu.Sekejap jer rasanya masa berjalan. Pejam celik, pejam celik.Pastu pejam terus dah sampai hari Sabtu. Ni la masa tuk recover balik segala letih2, tension, serabut otak and segalanya yang tersimpan sepanjang minggu lepas.
So aku nak enjoy~

Aku duk cari idea lagi camner nak enjoykan diri nieh..
Sambil2 duk layan radio era, tiba2 aku terdengar satu lagu yg menyentuh jiwa & raga aku.
Aku pun feeling la lagu tosebut.

Laguni mengingatkan aku kat sorang awekzzzz..

Pergghhhh..Jiwang siot bro syarif...

Betullah apa yang dikatakan oleh Agnes Monica:

"cinta ini..Kadang2 tak ada logika,
rasa sebuah hasrat dalam hati..
katanya ingin dapat memiliki.."


Korang setuju tak dengan kata-kata diatas?? Ataupun korang ada pendapat lain??
Apa2pun pendapat korang, kita jangan sembang berapi lagi..Apa kata kita layan sama2 lagu di radio ERA tu?? hohoho


Download lagunya kat sini.


Dah download?? Apa lagi..pasang ler..
Bayangkan awek korunk ada kat korunk sekarang nie..then feeling sama2.ahakz!
Layan~

Sungguh indahnya hari berlalu
Menunggu kasih tambatan hati
Ingin rasanya selalu berbagi
Bersamanya kala suatu nanti

Andaikan kau jadi milikku
Selaluku nyanyikan lagu rindu
Andaikan kau dan aku bersatu
Dunia ini berseri selalu

Ku ingin dirimu dekat dihatiku
Berdua kita kan raih bahagia
Ku ingin dirimu turut merasa
Rasa rindu untuk menatap matamu
Menatap matamu

Bagaikan bintang nun jauh di sana
Terangi malam yang semakin gelap
Jika kau sudi menemaniku
Takkanku lepas walau sedetik pun

Andainya kau jadi milikku
Selaluku nyanyikan lagu rindu
Andaikan kau dan aku bersatu
Dunia ini berseri selalu



Tulah nyanyian yg aku dgr tadih...
Korang touching x dengar lagu nieh..muahahah


Aku selalu berharap:
"Andainya dia mampu membahagiakan aku di dunia dan akhirat, Ya Allah, pertemukanlah dan jalinkanlah hubungan ku dengan si dia tanpa melupakanmu"

Aduss..aku buat sadis pulak kat sini. hak2..

Bro syarif, bro nangis ker nie??
Woi2..aku mana nangis..Cicak jatuh ats mata aku tadi(cover2)





Sila Komen..
Bestnya dapat baca komen korunk nanti :)
Menarik hadiah kat sini rupanya | Kamus Elektronik BI-BM
Assalamualaikum dan salam sejahtera..

apa khabar semua??? Sihat x? Alhamdulillah la kalo sihat. Kalo yang tak sihat tu, jangan lupa makan nasi ubat taw. Aku pun macam dah nak selsema sket2 nie. Ubat pun takder. Nanti la aku kebas ngan sapa2.hohoho!

Sekarang ni cuaca tak menentu btol kan?? Maklumla, dah akhir tahun.. Sekarang ni pun, aku ngah tulis artikel dalam keadaan dikelilingi hujan.. Mesti korang tak nampak nyaa...hahahha! aku dah agak!!


Pas balik dari jabatan tuk test En Nasir tadi, aku rasa lega betull....pergghhh Aku berjalan ngan penuh bergaya plak tu sambil turun dari tingkat 2 sampai la takder tingkat (ground floor).

Yer la..assignment aku yang berlambak-lambak, banyak yang dah siap. Hohoho! NCS, Operating System(Cik Nasir), Pc Assembly.. Kalu dulu 22 assignment yang x siap (weh bro haiqal,ko biaq betoi sampai 22 assignment!!! Perghhh katang ar ko!!), sekarang tinggal dalam 7 assignment jer lagi yang lom siap.



Yang lom siap tu pun, fizik - 2 kertas (aku tak tau ar apa kena ngan pelajaran nie, waaaa...), pn waheeda - 1 kertas, en Yusri - 3.. satu lagi kertas apa ntah..tak jumpa cari plak. Korang lak camner??


Mesti dah banyak siap kan?? Kan..kan??
Kalau korang banyak lagi yang tak siap, cepat2 la siapkan. Lagipun kita pun dah nak dekat final nie.

Nak fokus kat final lagi...Bertambah satu lagi beban. Macam nie haaa:







Sila Komen..
Bestnya dapat baca komen korunk nanti :)
Menarik hadiah kat sini rupanya | Kamus Elektronik BI-BM

"bukan nya aku tak tahu
kau sudah ada yang punya
atau bisikan cinta
ku tahu engkau berdusta

namun ku tak mau mengerti
selama kau masih bersamaku
karna ku suka,ku butuh cinta yang pernah hilang dariku

cinta ini kadang kadang tak ada logika
berisi smua hasrat dalam hati
ku hanya ingin dapat memiliki
dirimu hanya untuk sesaat"


Itu dia nyanyian daripada aku..
best x?? best x??

!~Tande2 lelaki tolok cinte orang puang.!~ Yeah~..

Kita jangan cakap banyak lagi..Meh kita baca..
Artikel ni berguna untuk gurl2 di luar sana..


++++++++++++++++++++++++++++++++++

Dalam keadaan sedar ataupun tak sedar, aku seorang lelaki berjaya menculik mencuri hati anda. Anda telah jatuh reboh hati dan rasa sayang anda mula timbul terhadapnya. Anda mengharapkan dia juga akan mempunyai perasaan yang sama. Anda sentiasa menanti ungkapan "I love You" bebeh atau "Saya suka mak awak".

Satu penantian yang menyeksakan dan menyakitkan hati jugak kan? Cuba anda fikirkan balik, kemungkinan cinta, perasaan sayang korang sebenarnya hanya bertepuk tepuk amai, belalang kupu2.lalala sebelah tangan. Lelaki yang anda harapkan tidak memandang anda sebagai orang yang istimewa dalam hidupnya. Sedihnyaaa... sob2.




Golongan lelaki pula, selalunya sukar untuk menolak perhatian yang diberikan oleh awek2 mereka..wah..banyaknya awek walaupun sebenarnya mereka tak suka pada perempuan tu. Lebih2 lagi perempuan selalu bersikap manis, manja gedik dan memberikan penuh perhatian kepadanya.

Perempuan mungkin merasakan, mereka sangat dihargai oleh seorang lelaki dayus tetapi, si dia mungkin tidak mempunyai perasaan terhadap perempuan tadi. Mereka sekadar bersikap mesra dan ceria.

Dari itu inul goyang, agar semuanya senang..., bagi mengelakkan kaum hawa dari situasi perasan lebey..hahaha tersebut, berikut merupakan tanda-tanda penolakan oleh seorang lelaki.


bertanya tentang kawan korang

Si dia kerap menanyakan tentang kawan wanita korang, bahkan meminta anda mengajaknya untuk tengok wayang atau makan malam bersama. Boleh dipastikan si dia sebenarnya memang tak tertarik pada anda. Bila si dia semakin kerap menunjukkan kekaguman pada kawan anda, adalah lebih baik lupakan si dia sebelum hati terlanjur berharap.



mencadangkan kawan lelakinya untuk anda


Sejak kebelakangan ini si dia semakin serius mempromosikan kelebihan kawannya yang dirasakan sesuai untuk anda. Bahkan si dia turut membuat planning untuk mempertemukan anda berdua. Kemungkinan ini adalah cara si dia menebus perasaan tidak sedap hati kerana menolak anda. Jangan terburu-buru menolak tawarannya, tak salah berkenalan dengan kawan yang diperkenalkannya. Siapa tahu, kawannya itu menepati citarasa yang anda cari selama ini.



Selalu sibuk

Si dia semakin susah untuk dihubungi dan memberikan pelbagai alasan untuk mengatakan bahwa ia sibuk. Mungkin ia memang sibuk, tapi adalah lebih besar kemungkinan bahawa si dia sedang berusaha menghindarkan diri daripada anda.



Berbeza pendapat

Ketika bersama anda, si dia gemar membicangkan topik-topik yang anda tidak suka atau juga perkara yang membosankan. Bila anda menyatakan perkara-perkara yang anda suka, si dia malah menyatakan sebaliknya, dan begitulah seterusnya. Berdasarkan sikapnya itu seharusnya anda sedar bahawa si dia sedang berusaha membuat anda semakin tidak menyukainya.


Menerima penolakan memang bukan sesuatu perkara yang mengembirakan. Untuk beberapa ketika, mungkin anda akan berasa terluka, tapi hadapi sahajalah dengan tenang hati, jangan sampai bersikap emosional dan memburuk-burukkan si dia dengan mencaci maki. Apatahlagi sekiranya si dia memang seorang kawan yang baik untuk anda. Lihatlah penolakan tersebut sebagai jalan untuk anda bertemu orang yang lebih baik dan tak akan membuat anda menyesal di kemudian hari.

Kadang-kadang, ada lelaki yang berfikir jauh. Mereka memastikan yang terbaik untuk hidup mereka agar bahagia di kemudian hari. Mereka mengharapkan seseorang yang sempurna muncul dalam hidupnya.



P/S: Bagi pasangan yang dah bercouple, jagalah pasangan korang baik2. Sayangilah mereka dengan sebaik-baiknya..Pesanan ini dibawakan oleh BRoooo Syarif..



Sila Komen..
Bestnya dapat baca komen korunk nanti :)
Menarik hadiah kat sini rupanya | Kamus Elektronik BI-BM
Hari ni aku nak citer pasal sesuatu yang romantis. Lebih-lebih lagi bagi mereka2 yang dah berumahtangga.. Bagi yang dah berumahtangga, ketahuilah - kahwin memang best! hoho. Tapi yang belum berumahtangga pun, dah dapat agak, kahwin mmg best..lalalala..

*nak kawin tu biarla dengan cara yang betui k..

Hari ni bro haiqal nak kongsi pasal rahsia ciuman lelaki..ahaks..pompuan mesti nak tau kan? Sumber ni aku dapat dari internet. Bagi para suami yang suka sangat cium isteri, hati-hati. Ciuman ni memberi tanda kepada seseorang tentang tingkah lakunya. Bagi para isteri, ketahuilah suami anda dengan ciumannya. Selamat menilai sendiri! renung2kan dan selamat beramal!! hahah..




* Suka cium dahi isteri – suami yang romantis.
* Suka cium pipi isteri – suami yang penyayang.
* Suka cium mulut isteri – suami yang gelojoh.
* Suka cium tengkuk isteri – suami yang mata keranjang.
* Suka cium telinga isteri – suami yang sensitif.
* Suka cium leher isteri – suami yang penyabar.
* Suka cium buah dada isteri – suami yang suka bermanja.
* Suka cium tangan isteri – suami yang hipokrit.
* Suka cium ketiak isteri – suami yang menerima isterinya seadanya.
* Suka cium kemaluan isteri – suami yang pemalu.
* Suka cium punggung isteri – suami yang suka bergurau.
* Suka cium kaki isteri – suami yang terlalu menghormat isteri.
* Tidak suka cium mana-mana bahagian badan isteri – suami yang memtingkan diri.
* Suka cium seluruh bahagian badan isteri – suami yang baru balik dari outstation. Kuang kuang kuang!

Dalam banyak2 pilihan di atas, mana satu kah pilihan anda?? yeah2!.


Artikel ini diambil dari : Kotak EMail





Sila Komen..
Bestnya dapat baca komen korunk nanti :)
Menarik hadiah kat sini rupanya | Kamus Elektronik BI-BM
Assalamualaikum...
Selamat malam semua...

Waaaa...seronok la plak cuaca malam nie, sejuk2 jer.. Kalau tido ngan awek nie, mesti best.

Malam nie, aku, hadi and shazmeer rancang nak stadi ngan seorang gurl namanya dirahsiakan kat dm. Pada mulanya kitorang cam dah semangat nak belajar fizik. Tapi tak jadi la plak. So, bila dah tak jadi tu, aku pun terus bukak laptop aku dan surfing. hehe..

Sambil2 aku menggonjeng2 internet aku yang telah ditweak supaya menjadi laju, aku terjumpa satu lawak berkenaan suami isteri yang bergaduh pada bulan puasa. Pas aku baca lawak nie, aku rasa cam nak tergelak pun ada. Tanpa membuang masa. Jom kita baca!

-------------------------------------------------------------------------------------------
Ada sepasang suami isteri, baru jua berkahwin, menjalani puasa first time as a couple. Hendak dijadikan ceta, mereka ni pun bergaduh ntah pasal apa.

Si suami pun ngan merajuk nya bagi cold shoulder kat si isteri ngan nda mau becakap dengan bininya. Jadi malam harinya ia pun menulis note untuk si isteri: "Sahur nanti bangunkan abang" dan di simpan dekat dengan tempat tidur isterinya.

Apabila si laki ni bangun, hari sudah pun siang dan dia mendapati ada sekeping nota dengan tulisan bini dia: "Bang, bangun bang, makan sahur." Kuang kuang kuang~
------------------------------------------------------------------------------------------

amacam, ok tak lawak nie?hahahaha. Kalau korang nak baca banyak lagi lawak2 yang menarik sampai korang tak kering gusi dibuatnya.. korunk leh usha kat sini :http://kelakar2u.blogspot.com


P/S: Harap-harap bini aku tak wat macam nie kat aku nanti..hohoho..


Sila Komen..
Bestnya dapat baca komen korunk nanti :)
Menarik hadiah kat sini rupanya | Kamus Elektronik BI-BM
Dalam dunia ini, kita perlu bergantung kepada diri sendiri. Tetapi, dalam kita bersendiri, kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita dan berada di samping kita ketika kita memerlukan seseorang.


Kita sering mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat.
Sahabat anda juga mengharapkan keikhlasan dan kejujuran anda.
Tetapi, kita sedarkah tentang hal itu??. Kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita. Kita berasa kecewa dan dikhianati bila dia tidak menepati janjinya. Tapi, pernahkah kita memberikan dia peluang untuk memberikan sedikit penerangan dan kita mendengarnya dengan baik?

Jika tidak....Egonya Kamu!!!
Adakah kamu tidak pernah melukakan, menyakitkan dan membuatkan sahabat di sekeliling kamu berasa kecewa?? Wah!!! Hebat...Memang Hebat!!



Kita sering menganggap alasan sahabat kita adalah untuk menutup kesilapan dan membela diri.
Tapi...Kita terlupa, kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti. ...Sedarkah kita?? kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati. Kita beri beribu alasan, 'memaksa'dia menerima alasan kita. Waktu itu, Pernahkah kita memikirkan perasaannya?? Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa....tetapi kita sering terlupa.

Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan, harapan dan impian kita.Kadang2 dia menjadi tempat untuk kita bersandar dan menangis di sisinya. Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang diri kita hingga kadang-kadang terlupa kawan kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita. Adakah anda tahu?? Anda pernah bertanya??

Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang impiannya, keinginannya,perasaan takut, rasa kurang selesanya terhadap kita??

Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita? Sejauh manakah kita gembira tentang berita gembiranya dan turut sedih tentang berita sedihnya?? Ikhlaskah kita?? Dia menjadi sumber kekuatan bagi kita, namun, Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya seperti mana dia meniup semangat setiap kali kita merasa kecewa dan menyerah kalah dan kadang2 terluka??




Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah? Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan?

Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita. Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan, kerana dia juga seorang manusia; dia juga ada rasa takut, ada rasa...bimbang, sedih dan kecewa.

Dia juga ada kelemahan dan dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan. Jadilah kita kawannya itu. Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka. Disebalik senyumannya itu, mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan,disebalik kesenangannya, mungkin tersimpan seribu kekalutan, kita tidak tahu.. tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti dia, mungkin kita akan tahu.
Renungilah.. . terima kasih padamu sahabatku..maafkanl ah diriku kerana selalu silap tafsir terhadap dirimu..


Aku juga memohon maaf seikhlasnya sekiranya blog ini menyinggung mana-mana pihak. Bukanlah niatku untuk menjatuhkan maruah atau memutuskan ikatan persahabatan. Tapi blog ini adalah sekadar perkongsian santai dan bakal menjadi kenangan kita bersama nanti.

Aku juga manusia dan akan pergi meninggalkan dunia ini akhirnya.

Sayangilah sahabat anda sebaik mungkin. Sahabat yang baik, kekal hingga ke akhirnya.

Buat rakan-rakan yang mengenali aku, AKU SAYANG KAMU..
Hidup nie seronok dengan kehadiran korang. :) Senyum....

Geby - Tinggal Kenangan

P/S: buat sahabat-sahabatku yang sering terkecil hati kerana perbuatan atau kekasaran bahasaku...aku memohon keampunan dari kalian...maafkanlah diriku....



Sila Komen..
Bestnya dapat baca komen korunk nanti :)
Menarik hadiah kat sini rupanya | Kamus Elektronik BI-BM
Assalamualaikum dan selamat pagi..

Pejam celik, celik pejam, pejam tak celik dah hari isnin.. Nampaknya bakal bermula la kelas pertama aku tuk minggu nie. Yeah2..

Di keheningan pagi nie, aku teringat tentang perbualan aku dengan seorang gurl kelas aku yang cun. Namanya dirahsiakan agar beliau tidak mendapat publisiti murahan. hahahahahahha.. Trademarknya berbunyi begini : "Kuang ajax ar, kuang ajax.". Mari kita gelak sket.. lalalala..

Baiklah, seperti yang dibualkan malam semalam, aku ada bagitau beliau bahawa aku nak upload gambar team2 tkk 1b. Bagi aku team2 TKK1B memang best. Mereka2 semua sempoi, hensem dan lawa-lawa. Aku nak jalan ngan diorang pun segan.. yer la, sapa la aku ni kan? ahaks!

Dan sekarang aku akan mempersembahkan, gambar TKK1B, dipersilakan...

eh..eh, wait seminit.. sebelum tu aku nak bagi peringatan dulu.

AMARAN:

Anda dilarang menenung gambar anda sendiri terlalu lama. Bak kata nazila.."ha, bangga..bangga..". Biarpun anda lawa ataupun hensem, tgk sekejap2 sudaaa.

tadaaa....





















amacam, ok tak? hohoho.. tu baru jer sikit..nanti di lain kehidupan masa, aku akan upload lebih banyak gambar yang menarik.. Sekiranya-kiranya korang2 ada gambar panas korang yang menarik tuk dikongsikan bersama, leh la hubungi en haiqal. K, jumpa lagi..adios!

Kepada gurl2,diluar sana yang nak berkenalan dengan mana-mana guy dalam gambar diatas, jangan malu-malu miau tuk kasitau aku kay.. Maaf, hanya bleh kenal ngan guy jer tau. hohoho..

Kepada guy-guy plak, sorry la, gurl class aku is not available. heheh..jangan mare..


P/S: Kol 6 nanti aku nak gie joging..hoho.. Danial, ko nak ikut aku tak??
NOTA: Tadi aku joging sorang2 jerk..Gelap gelita..ahaks. Pak guard tgk aku semacam lak tu.


P/S: yeas!!!(monothongs category. hoho), Report en yusri aku hampir nak siap!! SUGOI!!!


Sila Komen..
Bestnya dapat baca komen korunk nanti :)
Menarik hadiah kat sini rupanya | Kamus Elektronik BI-BM
Assalamualaikum semua..

hohoh..Kali ni kita cakap pasal cinta sket..Apa pendapat korang tentang cinta? Sakit hati? Rezak paler, hepi2, gembira, kadang2 hepi, kadang2 tak tau paper,pastu mental.. Konfem kalau 50 orang baca artikel nie, korang2 semua akan bagi jawapan yang berlainan.

adakah cinta ni sebenarnya sejenis kereta kebal atau salah satu nama penguin?
Kita tinggalkan misteri ini diselubungi misteri itu sendiri..

Sepanjang pembaca hidup, mesti ada seseorang yang anda minat kan? Tak kira la masa muda-muda sekolah dulu, atau pun sekarang nie..Mungkin ada yang tengah bercouple pun sekarang nie.



Aku plak masih confuse mengenai cinta. Setiap kali aku menyimpan perasaan terhadap seseorang, aku masih tak sure samaada perasaan tu sebenarnya cinta. Aku bimbang aku menyimpang jauh.! Aku bimbang, sesuatu yang akan memudaratkan hidup aku akan berlaku... Masing2 mempunyai cita-cita dan matlamat hidup sendiri. Begitu juga aku.

aku sebenarnya bukanlah anti cinta tapi aku ingin memberikan peluang kepada diri aku untuk bebas daripada cinta buat sementara waktu. Aku teringin nak "melamar" bakal pasangan aku dengan pointer yang terbaik.Aku yakin, seseorang yang sempurna dan sesuai akan menemani aku suatu hari nanti. Tuhan Maha Mengetahui dan sentiasa menyanyangi hambanya Jadi, fokus pada pelajaran adalah yang terbaik ketika ni..

Ketika orang2 di sekeliling aku semuanya asyik dengan myspace, facebook, bermesej dan sebagainya, Final project mereka ntah ke mana, assignment tah kemana, aku masih di bilik sorang..mana ntah Yus nieberusaha menggapai cita-cita keluarga. Kadang2 aku sendiri pun lalai, tapi aku cuba untuk kembali ke rahmatullah tujuan utama. Setiap kali aku menelipon orang rumahku orang tuaku, pasti dia akan membangkitkan isu pelajaranku.

Sekiranya aku pernah menghancurkan harapan mereka tuk mendapatkan yang terbaik satu ketika dulu, kali ini, AKU AKAN BUKTIKANNYA MAK! AKU BOLEH BUAT!!! MAK, TERIMA KASIH sebab hantar abang kat sini.



Sila Komen..
Bestnya dapat baca komen korunk nanti :)
Menarik hadiah kat sini rupanya | Kamus Elektronik BI-BM


kenapa tiba2 rindu plak nie syarif oit..hehe..
Sebenarnya, aku baru jer pas tgk gambar kenangan masa aku time muda2 sekolah dulu.
Masa ni, aku joined lawatan pengawas pas habis SPM kat

Lost World Of Tambun.

Bila aku dah ada blog nie, aku rasa cam nak kongsi la plak gambar-gambar kenangan aku ngan korunk.
Gambar-gambar masa lawatan tu banyak aku yang ambikkan.
Tu pun aku tumpang culik kamera kawan aku punye.. hahahahahaha! Gelak sket.
Ni ha, gambar2 tersebut. Sorry, gambar-gambar sensored cina-cina yang duk mandi aku takder k. For personal uses only..hahahahaha!

Meh usha gambar nie..zaaass~



monyet tu gatal!!!

love u all!

sahabat sejati^^

miss this time

wooopss..no komen~


jalan2 yaw..

nak skett!!!

Tadi aku nampak awek wa cakap luu~

awek ni malu2 kambing..keh3

apa?? ada org terkentut td?

hai awek2. :p

Badut.Me.Member


sory la kalau korang selalu nampak gambar pompuan jerk..hahahah.aku mmg suka pompuan sebab aku laki. kalau aku asyik ambik gambar laki, tak meaningful ar life nie.. lalalalala..

p/s: Gambar aku bersama gurl2 diatas bukanlah awek angkat atau pasangan aku.

TUk kawan-kawan ku, aku nak nyanyikan satu lagu tuk korang. Lagu ni dinyanyikan oleh ACAB. Dengar aku nyanyi kay..


ACAB - BERSAMA SEMULA

Terkenang, Terbayang,
Tak dapat aku lupakan,
tapi sayang semuanya tinggal kenangan.

teman ku, kasihku,
ku ingin seperti dulu,
bersama menjelajah dunia.

kekuatan, kebanggaan,
bebas dan terus berjalan,
kenangan tak mungkin aku lupakan.

aku harap teman semua
dapat bersama semula
perjuangan kita masih belum pudah

c/o:
kemananya
teman setia
perjuangan…
ku ingin kau semua…
bersama semula…


Download kat sini.


"Semalam adalah kenangan, hari ini adalah kenyataan, esok adalah harapan….. Iman itu bukan hanya harapan, ia adalah apa yang terpancar di dalam hati dan dibuktikan dengan amalan…"



Sila Komen..
Bestnya dapat baca komen korunk nanti :)
Menarik hadiah kat sini rupanya | Kamus Elektronik BI-BM


Selamat pagi!!!

yeah2..Ha, korang ngah wat per tu??

Lelaki: Skodeng
Pompuan: Mekap..tak pun gie shopping kat megamall..


Kalau member-membe aku yang kat sakura kekwa ni, mesti ngah tido.
Takpun asyik dota--dota--dota--...Ayien, Yus, Cuin plak duk berdunia cafe(cafe world).
Kalau leh makan betul2 sedap gak. Takyah la aku gie makan kat dewan makan..hohoho!
Lauk dia "sedap" sangat.. hehe..


aiseh...bila time cuti, asyik rasa bosan je...
Tak tau nak wat per. Tgk citer avatar pun best gak nie..
Semalam satu hari aku duk nengok citer GTO (Great Teacher Onizuka) je. Aku ske ngan watak Onizuka Sensei tuh! Biar pun orang selalu salah anggap pasal dia and dia ajar orang mungkin nampak cam kasar sket.Rock gitu~
Tapi bagi aku, apa yang dia buat tu, berkesan tuk insafkan student-student dia.Korang pernah tgk citer ni tak nieh??
x perfect life korunk kalau x pernah tgk tau..muahahah

Korang plak kalau bosan2 selalu wat per yerk??
Aku nak mesej ngan awek, aku takder awek angkat. Korang semua mesti dah ada awek makwek kan?? wawawawa..sedeynya aku. sob3 :'(

Takper la..Aku berdoa aku akan dikurniakan pasangan yang berhati mulia, sopan santun dan sebagainya lah. Kalau aku listkan semua, korang semua mengantuk lak nak baca..

Bila sebut pasal mengantuk nie, aku plak tiba2 rasa ngantuk. Apa-apa pun, jom kita tido dulu.

1....2....3.... TIDO cepat!


p/s: Weh mubin, ko tido la kat atas katil ko. Nak tido atas katil aku plak..mentang2 katil aku warna warni. Ahaks. Kesot sket~
p/s: Pas ni nak gie ambik baju kat mesin basuh plak.



Sila Komen..
Bestnya dapat baca komen korunk nanti :)
Menarik hadiah kat sini rupanya | Kamus Elektronik BI-BM
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
kepada pelawat-pelawat ku sekalian!

wah, hebatnya cuaca pagi nie. Hujan pun tak, panas sangat pun tak.
Tapi aku boleh pulak berpeluh-peluh dalam bilik nie..FUh...mmg syok duk berjoging tadi.
Sambil tengok-tengok awek-awek kat sakura pemandangan yang cantik and ditemani
bunyi-bunyi burung.Cip..Cip cip..Cip. Merdu sungguh bunyinya.

Dah sekian lama aku tak bejoging sejak aku tamat latihan khidmat negara siri 6/2 2009 tahun lepas.
Seronoknya dapat kembali ke masa lalu. Aku berjoging bersama rakan-rakanku yang baik, hensem, cantik and semuanya sporting-sporting. Kalau dulu aku berjoging ditemani rakan-rakanku, kali ini, sepanjang aku berjoging kat sekitar bilik2 member jabatan, tak terlintas pulak
mana-mana makhluk ajaib yang turut berjoging pagi tu. Mungkin sebab aku joging terlalu lewat agaknya. Sekitar 8.30 pagi.



Buat permulaan, aku berjoging satu pusingan duniaJMTI sudaaa... Bila usia dah meningkat dah lama tak wat latihan, terasa gak semput nak berlari jauh-jauh. Lama-kelamaan, mungkin aku dapat berjoging 3-5 pusingan JMTI tanpa letihnya! Tak mustahil kan?? Dan mungkin jugak aku dapat balik ke Terengganu ("orang rumahku" berapa di sana) dengan hanya berjoging.. Wah, hebat ar!! Jimat duit aku nak bayar tambang bas. Ahaks!

Ha, pembaca-pembaca sekalian, ni kali pertama aku berjoging kat JMTI sejak aku mula-mula daftar kat sini. Anda pulak bagaimana??

p/s: Time ada event apa-apa kat JMTI, aku tak pernah join pun taw..hoho! Kecuali yang diambil markah.
p/s: Jangan bagitau sapa2 kay..jangan biarkan hidupku diselubungi...apa ek? lupa lak..




Sila Komen..
Bestnya dapat baca komen korunk nanti :)
Menarik hadiah kat sini rupanya | Kamus Elektronik BI-BM