Lelaki akan berfikir berbaloikah untuk memiliki si Cantik Molek? Mari kita tengok beberapa isu yang mungkin menjadi penyebab kenapa kurangnya mereka membuat pilihan demikian.

ISU 1 :
Mereka berpendapat bahawa perempuan sebegini sudah mempunyai teman lelaki dan akan merasa rendah diri dan kurang keyakinan. Dalam hati sering berbisik;

"Siapalah aku ni, ada hati nak ngurat awek cun tu"

Maka, lelaki akan mudah berputus asa sebelum mencuba lagi. Kalau yang berani nak try pun just sebagai eksperimen sebab resultnya pasti 90% akan GAGAL.

ISU 2 :
Kadangkala, lelaki kurang akan tegur perempuan yang cantik oleh kerana mereka akan berasa gugup dan segan. Rasa macam tebal je muka ni bila cuba nak dekat kepada perempuan cantik itu. Takut spoil la kan? Kalau yang biasa-biasa tu rancak je mulut nak bersembang. Aku rasa perlukan masa untuk mula masyuk dengan perempuan jenis cantik rupa paras ni. Lepas tu, baru boleh cakap dengan selesa.

ISU 3 :
Sebenarnya bukan taknak dekat dengan mereka ini tetapi takut-takut tak dilayan oleh mereka. Maklumla segan tapi mahu. Bukan pula tak gentle, tapi rasa seperti sangat kagum oleh sebab minat punya pasal. Maka, terkebil-kebil lah si teruna. Lidah pulak jadi kelu. Dalam hati selalu berkata;

" Ya ampunn.. lawaaaaa gilakkkk budak nii..huhuhuu"

ISU 4 :
Perempuan yang cantik biasanya akan jual mahal, ego dan kurang memandang pada lelaki yang dirasakan kurang berbanding beliau. Mereka berpendapat, lelaki yang hensem dan kacak layak untuk mereka. Maka, lelaki biasa yang betul-betul suka kepada perempuan itu sering sahaja dipergunakan.

"Maklumlah I ni ramai peminat, so I tak heran lah sebab ramai je yang suka I, kalau U taknak I, seribu lelaki lain yang datang nak ngurat I"

ISU 5 :
Seringkali juga perempuan cantik ini sangat high taste, cerewet, buat perangai kerana atas sebab mereka tak kisah langsung jika break up. Sebab mereka kan boleh cari 10 kali lebih baik dari teman lelaki yang mereka ada sekarang. So, no wonder lah kan mereka bersifat sebegitu. Penat amat memiliki perempuan jenis begini.

ISU 6 :
Bagi lelaki, akhirnya mereka akan memilih perempuan yang mempunyai rupa paras yang agak biasa. Manis dipandang sudah memadai kerana mereka ini boleh dikatakan sangat setia. Dan lelaki pula, sangat suka perempuan yang sangat memahami dan penyabar dengan segala karenah mereka. Sifat yang penyabar sebenarnya adalah senjata paling berbisa buat perempuan kerana sekeras hati lelaki pasti akan cair oleh sifat terpuji ini. Percayalah!

ISU 7 :
Bagi lelaki, perempuan seksi, sosial dan cantik rupa paras hanya untuk dilayan SUKA-SUKA sahaja! Malah lelaki yang buaya darat sekali pun mempunyai keinginan untuk memperisterikan perempuan yang baik, sopan dan muslimah. Mereka tidak akan memperisterikan perempuan sejenis dengan mereka.

ISU 8 :
Perempuan cantik kebanyakkan dah banyak tangan dan susah sekali ditemui yang "Segar dari Ladang". Hanya mencagar rupa sebagai aset untuk menarik perhatian. Mereka ini kadangkala menggunakan kelebihan rupa paras yang mengiurkan untuk kepentingan diri sendiri walaupun secara sengaja atau tak sengaja. Seringkali mereka dikaitkan dengan isteri kedua dan ada juga yang menjadi perempuan simpanan sebahagian golongan VIP.

ISU 9 :
Jarang sangat ditemui perempuan yang cun-melecun mempunyai tahap kerajinan tinggi dalam melakukan sesuatu. Boleh dikatakan mereka ini pemalas. Selain itu, perempuan cantik dikaitkan dengan mempunyai IQ yang rendah dan mereka kurang berkemahiran dalam hal pengurusan rumah tangga, kewangan, pergaulan dan tidak dapat memberikan fokus yang tinggi sesuatu benda yang dilakukan. Jika dibandingkan dengan mereka yang berada dalam bidang kerja bercorak profesional, mereka jarang sekali ditemui dalam bidang berkaitan kejuruteraan, guaman, perubatan dan setaraf dengannya.



sumber: http://www.encikshino.com/2009/09/berbaloikah-pikat-si-cantik-molek.html



Sila Komen..
Bestnya dapat baca komen korunk nanti :)
Menarik hadiah kat sini rupanya | Kamus Elektronik BI-BM
1) Pilih orang yang mempunyai minat yang sama seperti anda supaya anda mempunyai persamaan, tetapi jangan mengetepikan orang yang langsung tidak mempunyai persamaan dengan anda, bersikap terbuka baik untuk anda.

2) Ingatlah pada satu pedoman penting iaitu berlaku baik terhadap orang lain sebagaimana anda suka diperlakukan. Sekiranya anda menghormati orang lain, orang lain akan menghormati anda juga.

3) Sedarlah bahawa tiada siapa yang sempurna, setiap orang mempunyai sifat-sifat aneh dan kecacatan, dan menerima kecacatan antara satu sama lain adalah kunci persahabatan yang baik.

4) Hargai pendapat satu sama lain.

5) Sedarlah bahawa kawan yang rapat sekalipun tidak dapat bersama 24 jam. Bina minat-minat yang lain dan jangan cemburu apabila kawan anda mempunyai minat-minat yang lain juga.

6) Komunikasi sangat penting, kawan anda tidak boleh membaca fikiran anda. Sekiranya ada sesuatu yang menjejaskan persahabatan anda, beritahulah.

7) Jangan biarkan faktor luaran seperti tekanan (stress) menjejaskan persahabatan anda. Kawan yang baik akan membenarkan anda melepaskan perasaan kepada mereka, tetapi jangan hanya mempergunakan mereka untuk melepaskan
perasaan ... dan sebagai balasan anda sepatutnya bersedia untuk mendengar luahan perasaan mereka pula.

8) Belajar daripada satu sama lain.

9) Jangan mengata di belakang kawan anda.

10) Pilih kata-kata anda dengan bijaksana kerana anda tidak boleh menariknya kembali.



Sila Komen..
Bestnya dapat baca komen korunk nanti :)
Menarik hadiah kat sini rupanya | Kamus Elektronik BI-BM
Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar JMTIiiiii???
Macammana dengan cuti korang hari nie? So far so good x?


ahhh..hari ni aku rasa bosan terkejut la plak. TIba2 jer rasa cam bosan. tak tau nak wat per.nak wat assignment tapi cam takder mood nak buat. aku pun tak tau nak wat per ni.

Maybe aku tido mimpi kekeke sesuatu yang menarik2 jer kot. Korang plak wat per time2 cuti nie? Apa kata kita gie domino ker, kfc ker.. Leh gak makan2.kekeke..

Kali nie post aku pendek jer. nanti ada masa aku akan update blog aku.



*eh, baju aku dok basuh starang agi..nok gie basuh baju betor ar. meh ar nok ikuk pom.