Dalam dunia ini, kita perlu bergantung kepada diri sendiri. Tetapi, dalam kita bersendiri, kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita dan berada di samping kita ketika kita memerlukan seseorang.
Kita sering mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat.
Sahabat anda juga mengharapkan keikhlasan dan kejujuran anda.
Tetapi, kita sedarkah tentang hal itu??. Kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita. Kita berasa kecewa dan dikhianati bila dia tidak menepati janjinya. Tapi, pernahkah kita memberikan dia peluang untuk memberikan sedikit penerangan dan kita mendengarnya dengan baik?
Jika tidak....Egonya Kamu!!!
Adakah kamu tidak pernah melukakan, menyakitkan dan membuatkan sahabat di sekeliling kamu berasa kecewa?? Wah!!! Hebat...Memang Hebat!!
Kita sering menganggap alasan sahabat kita adalah untuk menutup kesilapan dan membela diri.
Tapi...Kita terlupa, kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti. ...Sedarkah kita?? kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati. Kita beri beribu alasan, 'memaksa'dia menerima alasan kita. Waktu itu, Pernahkah kita memikirkan perasaannya?? Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa....tetapi kita sering terlupa.
Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan, harapan dan impian kita.Kadang2 dia menjadi tempat untuk kita bersandar dan menangis di sisinya. Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang diri kita hingga kadang-kadang terlupa kawan kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita. Adakah anda tahu?? Anda pernah bertanya??
Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang impiannya, keinginannya,perasaan takut, rasa kurang selesanya terhadap kita??
Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita? Sejauh manakah kita gembira tentang berita gembiranya dan turut sedih tentang berita sedihnya?? Ikhlaskah kita?? Dia menjadi sumber kekuatan bagi kita, namun, Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya seperti mana dia meniup semangat setiap kali kita merasa kecewa dan menyerah kalah dan kadang2 terluka??
Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah? Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan?
Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita. Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan, kerana dia juga seorang manusia; dia juga ada rasa takut, ada rasa...bimbang, sedih dan kecewa.
Dia juga ada kelemahan dan dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan. Jadilah kita kawannya itu. Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka. Disebalik senyumannya itu, mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan,disebalik kesenangannya, mungkin tersimpan seribu kekalutan, kita tidak tahu.. tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti dia, mungkin kita akan tahu.
Renungilah.. . terima kasih padamu sahabatku..maafkanl ah diriku kerana selalu silap tafsir terhadap dirimu..
Aku juga memohon maaf seikhlasnya sekiranya blog ini menyinggung mana-mana pihak. Bukanlah niatku untuk menjatuhkan maruah atau memutuskan ikatan persahabatan. Tapi blog ini adalah sekadar perkongsian santai dan bakal menjadi kenangan kita bersama nanti.
Aku juga manusia dan akan pergi meninggalkan dunia ini akhirnya.
Sayangilah sahabat anda sebaik mungkin. Sahabat yang baik, kekal hingga ke akhirnya.
Buat rakan-rakan yang mengenali aku, AKU SAYANG KAMU..
Hidup nie seronok dengan kehadiran korang. :) Senyum....
Geby - Tinggal KenanganP/S: buat sahabat-sahabatku yang sering terkecil hati kerana perbuatan atau kekasaran bahasaku...aku memohon keampunan dari kalian...maafkanlah diriku....
Sila Komen..
Bestnya dapat baca komen korunk nanti :)
Menarik hadiah kat sini rupanya |
Kamus Elektronik BI-BM