Seorang bapa pulang ke rumah dalam keadaan letih disambut oleh anak lelakinya yang
berusia tujuh tahun di muka pintu.


"Ayah, boleh tak Amin tanya satu soalan?"

"Ya, nak tanya apa?"

"Berapa pendapatan ayah sejam?"

"Itu bukan urusan kamu. Buat apa nak sibuk tanya?"

"Amin saja nak tahu ayah.Tolonglah bagi tahu berapa ayah dapat sejam bekerja di pejabat?"

"20 ringgit sejam."

"Oh..." kata si anak sambil tunduk menekur ke lantai.

Kemudian memandang wajah ayahnya semula sambil bertanya,

"Ayah... boleh tak Amin pinjam sepuluh ringgit daripada ayah?"


Gambar hiasan


Si ayah menjadi berang dan berkata,

"Oh, itu sebabnya kamu tanya pasal pendapatan ayah?
Kamu nak buat apa sampai mintak sepuluh ringgit? Nak beli barang mainan lagi? Jangan
nak membazir. Ayah kerja penat-penat bukan untuk buang duit sembarangan. Sekarang pergibalik ke bilik dan tidur, dah lewat dah ni..."


Kanak-kanak tujuh tahun itu terdiam dan perlahan-lahan melangkah kembali ke biliknya.

Si ayah duduk di atas sofa dan mula memikirkan mengapa anaknya yang kecil itu memerlukan duit sebanyak itu.Kira-kira dua jam kemudian si ayah kembali tenang dan terfikir kemungkinan anaknya benar-benar memerlukan duit untuk keperluan di sekolahnya kerana anaknya tidak pernah meminta wang sebanyak itu sebelum ini.

Dengan perasaan bersalah si ayah melangkah menuju bilik anaknya dan membuka pintu.
Didapati anaknya masih belum tidur.


"kalu kamu betul-betul perlu duit, nah ambillah sepuluh ringgit ini," kata si ayah.


Kanak-kanak itu segera bangun dan tersenyum girang.


"Terima kasih banyak ayah," katanya begitu gembira.


Kemudian dia tercari-cari sesuatu di bawah bantalnya dan mengeluarkan sekeping not sepuluh ringgit yang sudah renyuk. Bila ternampak duit itu si ayah kembali berang.


"Kenapa kamu mintak duit lagi sedangkan kamu dah ada duit sebanyak itu? Dari mana kamu dapat duit di bawah bantal tu?" Jerkah si ayah.


Si anak tunduk tidak berani merenung wajah ayahnya.


"Duit ni Amin kumpul dari belanja sekolah yang ayah beri setiap hari. Amin minta lagi 10 ringgit sebab duit yang Amin ada sekarang tak cukup," jawab si anak perlahan.


"Tak cukup untuk beli apa?" soal balik si ayah.


"Ayah, sekarang Amin sudah ada 20 ringgit. Ayah ambil duit ni. Amin nak beli sejam dari masa ayah. Amin nak makan malam bersama ayah," jawab si anak tanpa berani memandang wajah ayahnya.


Baru si ayah benar-benar faham maksud anaknya itu.


"Hargailah insan sekeliling anda sebaiknya"
"Merekalah permata hati dunia akhirat"


Sumber: http://www.koleksicinta.co.cc/2008/05/nilai-sepuluh-ringgit.html

Sila Komen..
Bestnya dapat baca komen korunk nanti :)
Menarik hadiah kat sini rupanya | Kamus Elektronik BI-BM
Kisah anak dan ayah
Labels: , 2 comments |

Assalamualaikum dan selamat petang kawan2!
:)


"Persamaan membina keserasian
Perbezaan melengkapkan"



Post kali ni aku nak story pasal sorang awek.
(sebab aku dah janji nak post pasal dia..huhuhu)
awek nih.. aku baru kenal lebih kurang 3 minggu cenggitu.
Mula2 nampak dia time Sukaneka JMTI.
Masa tu aku jadi AJK.
Pas sukan tuh, aku upload gambar2 then masing2 duk tag kat gambar tuh.
Aku usha la profile sorang2. Muka aku kenal tapi nama aku tak kenal.

----------------------------------------------------
Dipendekkan cerita..

Ok, sekarang aku dah tau nama dia.
Time aku terserempak ngan dia kat Dewan Makan,
aku panggil la nama dia kuat2

SYI******!!

Nak test nama tu betul ker tak..
Tengok2, dia berpaling wooo..
Tak silap aku 2 kali aku jumpa dia, 2 kali jugak aku panggil nama dia kuat2.

Pastu aku chat ngan dia kat facebook.
Dia merajok ngan aku..Sob2.
Aku pun cepat2 cari idea nak pujuk budak comel tuh.
Tak pujuk kang, tak dapat ngorat plak..muahahhaha
Pujuk punya pujuk.. Dia mintak coklat cadbury~
Fuuhhh..Dahsyat sungguh!! :p
Dia punya pasal, aku okay ja..

Lupa nak bagitau, masa tu aku takde no phone dia, so camner nak bagi hadiah tu nanti?
Gini cara dia.

"Nanti awak msg saya pasal cadbury tu kay" - aku
"Okay" - awek

And pada satu masa. Message Received. Bukak2, dia tulis camnie.

"Cadbury"
Short but precise tuh




Yeasss!!! Aku dapat no phone dia!! Yehaaaa.. (sambil joget2)

Maka, bermulalah perkenalan kami berdua. Acess!


"You can take my heart,
Close to your heart.."


And alhamdullillah, perkenalan kami kekal sampai sekarang.
And coklat cadbury pun aku dah bagi tanda nak ngorat mintak maaf.

Dia
--------

  1. Seorang yang baik, solehah
  2. Seorang yang menjaga auratnya
  3. Seorang yang bersopan santun
  4. Seorang yang memahami
  5. Dan dia jugak C.O.M.E.L!!


Sila Komen..
Bestnya dapat baca komen korunk nanti :)
Menarik hadiah kat sini rupanya | Kamus Elektronik BI-BM

Assalamualaikum


Semalam, aku kluar ngan sorang guy and awek tuk overnight hilangkan boring.Almaklumlerrr..CUTI..
Ceritanya begini.



R&R


Mula2 tuh , kitorang nak overnight kat R&R jer.
Kitorang nyanyi2, hiburkan diri sambil tengok laut, dengar bunyi ombak, bunyi ikan sambil tengok bintang bulan.
Kalau lah bulan bisa ngomong sih!
Then, aku main piano kat laptop sampaila orang sekeliling duk usha2 aku dari belakang.
Kalau aku buat show, leh wat duit tuuu!! akekeke.

Kitorang kat sana nun sampai kol 12 malam camtu. Dah baring2 pun taw. Tapi plan berubah bila mat2 India duk usha semacam jer.Hampes! =.="
Yang risaunya sebab ada sorang awek ngan kitorang
So kitorang tukar plan, tido dalam kete .

Dipendekkan cerita, Aku berkorban stay sepanjang malam and bawak diorang jalan2 tanpa hala tuju. Bawak 60km/jam selama 4 jam berterusan.Tanpa Henti woo! Memang mengantukkan arghh.
Diorang pun tertido kat belakang. AKu still berjaga. keh3.
Tup2, kol 4.30 camtu kitorang sampai kat KEDAH and aku rehat jap coz nak beli air and ke tandas.
Masing2 tekejut biawak dari tido and ambik angin sket2 kat beberapa tempat.


HIGHWAY

Dari Kedah nak balik semula ke Penang, kitorang lalu kot highway nun.
Time nieh, aku sorang2 lagi yang stay(sob2), 2 orang tu tido lagi . Isk2..Pulas tlinge baru taw.
AKu bawak la kereta sambil dengar lagu2 kat radio sorang2.
Cuaca mmg dingin btol masa tu. Memang syok bukak tingkap and rasa angin yang masuk.
Angin sepoi2 taufan plak tuh.

Lama lama, aku pun mula rasa letih and mengantuk. Berenti kejap kat perhentian GURUN coz nak sembahyang subuh then pejam mata lam 2 minit camtu jer.
"Sembahyang jangan lupa" - pesanan

Kitorang pilih nak masuk highway sebab cepat, takder lubang2 ngan traffic light.
Disebabkan mengantuk, aku TERTIDO sambil bawak kereta lebih kurang 1 minit!!!
Aku terjaga bila aku terlepas pedal minyak secara mengejut..
Dengan kelajuan 90/km dalam mata terpejam selama 1 min.


macam2 boleh berlaku!!!

Alhamdulillah, aku selamat sampai ke destinasi.

"Memandulah dengan selamat. Ingat orang tersayang"
"Rehat dulu kalao mengantuk!"

"Ya Allah, Terima kasih kerana masih panjangkan umurku dan rakan2 ku.
Terima kasih kerana menyelamatkan perjalananku"

--------------------------------------------
Apa2 pun, aku rindukan budak comeyl aku.
Sian dia tak dapat tido sebab kena gigit nyamuk.


Sila Komen..
Bestnya dapat baca komen korunk nanti :)
Menarik hadiah kat sini rupanya | Kamus Elektronik BI-BM