Showing posts with label tips. Show all posts
Showing posts with label tips. Show all posts
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca semua.
Hopefully korunk sihat2, takder sedih2, sakit hati or kecewa wokeeyy.

Dalam dunia ni, kita saling memerlukan orang lain.
Kita tak mampu hidup dengan bahagia kalau kita duk sorang2.
Korunk mesti pernah duk sorang2 kan?
Ada rasa bahagia x? Mesti tak arr!

But if ada kawan2 sekeliling life ni mesti seronoknyer pun..
Ada tempat mengadu..ada tempat luangkan masa together2.
And tempat tuk jadi telinga korunk. Ada jugak masa nak wat giler2 korunk tuh.



Dalam persahabatan, turun naik tu perkara biasa..
Sekejap kita baik, sekejap kita gaduh.


"Kita akan bergaduh dengan orang yang kita rapat"


Aku rasakan bender tu betol. Because dalam perhubungan mesti ada perselihan faham.
Ada jeles, ada tak puas hati dan sifat2 negatif lain. Btol kan?

Bergaduh kadang2 membawa manfaat if kita pandai selesaikannya.
Sebabnya kita tahu apa yang patut kita ubah tuk jadi lebih baik.


"Kita akan kenal seseorang sekiranya kita bergaduh dengannya"

Jika kita nak perbaiki diri, dengarlah kata2 dari musuh kita


"Kata2 yang paling jujur adalah daripada musuh kita"


Walau apa pun yang berlaku,
Hargailah setiap persahabatan yang ada keyh..
caaaaayyyyuunnkkk korunk.
^^


Sila Komen..
Bestnya dapat baca komen korunk nanti :)
Menarik hadiah kat sini rupanya | Kamus Elektronik BI-BM
http://sembangseposen.blogspot.com

Diam Seribu Bahasa

Dia diam je sepanjang ada dengan kita. Walaupun kita bercakap dengannya, dia hanya mengiayakan atau dia anggukkan kepalanya saja. Dia sikit pun tak akan layan kita seperti sebelum ini. Jika benda ini berlaku, sah lah tu dia merajuk dengan kita.

Buat Tak Tahu

Dia akan buat tak tahu dengan kita. Jika kita minta tolong dengan dia seperti kemaskan meja ke, dia buat acuh tak acuh je. Paling teruk, dia buat-buat tak dengar (pekak betul-betul baru tau!). Ini cara protes yang paling teruk sebab dia bukan je buat kita geram tapi buat seolah-olah kita ni tak wujud.


Ngah merajok ni wa cakap lu!


Menolak Untuk Makan Bersama

Bila lelaki merajuk biasanya dia tak nak jumpa kita atau face to face dengan kita. Dia akan bagi alasan seperti "awak makan la dulu, saya kenyang lagi la..lagipun, saya dah makan dengan kawan saya tadi" (walhal perut lapar... nak uji dorang, kita dok je sila depan dorang, sambil makan... )

Masam Muka

Tindakan yang ni ialah tindakan yang paling kita geram. Dah lah tak nak cakap ngan kita dah tu nak tarik-tarik muka pulak. Tak puas hati la konon. Tapi adat la kalau orang dah merajuk. Perempuan pun lebih kurang je! (amik hanger, gantung kat muncung dia)

Baca Surat Khabar

Bab ni memang tabiat orang lelaki. Tapi kalau surat khabar tu dibaca banyak kali tanpa sebab maknanya jiwa dia tak tenteram & ada sesuatu yang mengganggu diri dia. Lagi-lagi pulak kalau tengah-tengah malam buta.

Menonton Televisyen Hingga Lewat Malam

Dia akan tengok TV tu sampai larut malam walaupun rancangan tu bukan rancangan kegemaran dia. Mata dia di TV tapi hatinya ke lain. Kita kena peka beb!

Keluar Rumah Tanpa Beritahu

Ada lelaki yang tak akan memberitahu mana dia nak pergi. Nak protes la tu kononnya. Kita jangan paksa dia untuk menjawab pertanyaan kita kerana confirm dia akan buat dek je!

Matikan Telefon Bimbit

Ha ni satu lagi tabiat lelaki. Dia tak suka diganggu bila perasaannya tengah marah. Untuk mengelakkan kita mengganggu dia, dia akan matikan telefon bimbit dia & bagi alasan bateri kong. Alasan dia satu je, dia tak mahu dengar suara kita takut perasan marahnya lagi kuat... Alaa, bila dah rindu call jugak last-lastnyer!

Hisap rokok

Macam tak pernah dapat rokok setahun...



Sumber: facebook

Sila Komen..
Bestnya dapat baca komen korunk nanti :)
Menarik hadiah kat sini rupanya | Kamus Elektronik BI-BM

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua^^
Apa khabar korunk semuanya yerk??
hopefully sihat2 wokeh..



"Imagination is power than knowledge"
Elbert Einstein

"Anda adalah seperti apa yang anda fikirkan"


Pernah dengar kata2 kat atas?
And korunk setuju tak ngan kata2 tuh?
.
.
.
.
.

Aku SETUJU!!


"Imaginations are unlimited"
Ahmad Syarif

Orang yang berjaya bermula dari imaginasi.

Nak berjaya nie, kita kena sentiasa ada matlamat.
Baru la hidup kita lebih terurus dan terancang.
Korunk nak pergi mana2 pun korunk rancang dulu.
Nak buat apa2 pun korunk rancang..
Btol dak?


Korunk pun mesti ada something yang nak capai kan?
Tak kira la dari segi gadget ker..perhubungan ker..whatever la kan..
Aku pun tak terlepas dalam bab2 rancang keluarga nieh.

Kat bawah ni senarai matlamat aku.Meh kita usha..zasss



Gadjet/Barang2
--------
  1. Memiliki laptop berkuasa [DONE]
  2. Memiliki tablet PC [DONE]

3. Belikan motor besar tuk ayah (impian ayah masa muda)

Bakat
------
  1. Mahir web hacking
  2. Jurugambar professional
  3. Berkebolehan bermain piano
  4. Penceramah terbaik
  5. Mendalami sistem komputer (Linux,Windows)
  6. Mahir berbahasa Jepun
  7. Juara Seni Mempertahankan Diri

Kewangan
-----------
  1. Aset melebihi RM800,00 sebelum 35tahun
  2. Memiliki consultant
  3. Bersedekah


Kekeluargaan
-------------
  1. Berkahwin
  2. Memiliki anak kembar perempuan
  3. Keluarga yang harmoni


Self Motivation
----------------
  1. Pasarkan 15 buah buku (baru satu tercapai)
  2. Terpapar di muka akhbar
  3. Menjadi sejarah
  4. Cari awek ramai2..wahahahah


Percutian
----------
  1. Bercuti kat Jepun, Paris
  2. Menaiki belon udara panas
  3. Menunaikan haji

Untuk pengetahuan korunk, setiap hari aku akan tuliskan sekurang-kurangnya satu matlamat.
And aku dah lakukannya sejak 2 tahun yang lalu! :)

^^


p/s: Matlamat terdekat nak dapatkan tablet PC.
p/s: Kat atas tu senarai yang nak capai DALAM HIDUP.bukan 5 minit daripada sekarang.Sekian.

Sila Komen..
Bestnya dapat baca komen korunk nanti :)
Menarik hadiah kat sini rupanya | Kamus Elektronik BI-BM

Seorang bapa pulang ke rumah dalam keadaan letih disambut oleh anak lelakinya yang
berusia tujuh tahun di muka pintu.


"Ayah, boleh tak Amin tanya satu soalan?"

"Ya, nak tanya apa?"

"Berapa pendapatan ayah sejam?"

"Itu bukan urusan kamu. Buat apa nak sibuk tanya?"

"Amin saja nak tahu ayah.Tolonglah bagi tahu berapa ayah dapat sejam bekerja di pejabat?"

"20 ringgit sejam."

"Oh..." kata si anak sambil tunduk menekur ke lantai.

Kemudian memandang wajah ayahnya semula sambil bertanya,

"Ayah... boleh tak Amin pinjam sepuluh ringgit daripada ayah?"


Gambar hiasan


Si ayah menjadi berang dan berkata,

"Oh, itu sebabnya kamu tanya pasal pendapatan ayah?
Kamu nak buat apa sampai mintak sepuluh ringgit? Nak beli barang mainan lagi? Jangan
nak membazir. Ayah kerja penat-penat bukan untuk buang duit sembarangan. Sekarang pergibalik ke bilik dan tidur, dah lewat dah ni..."


Kanak-kanak tujuh tahun itu terdiam dan perlahan-lahan melangkah kembali ke biliknya.

Si ayah duduk di atas sofa dan mula memikirkan mengapa anaknya yang kecil itu memerlukan duit sebanyak itu.Kira-kira dua jam kemudian si ayah kembali tenang dan terfikir kemungkinan anaknya benar-benar memerlukan duit untuk keperluan di sekolahnya kerana anaknya tidak pernah meminta wang sebanyak itu sebelum ini.

Dengan perasaan bersalah si ayah melangkah menuju bilik anaknya dan membuka pintu.
Didapati anaknya masih belum tidur.


"kalu kamu betul-betul perlu duit, nah ambillah sepuluh ringgit ini," kata si ayah.


Kanak-kanak itu segera bangun dan tersenyum girang.


"Terima kasih banyak ayah," katanya begitu gembira.


Kemudian dia tercari-cari sesuatu di bawah bantalnya dan mengeluarkan sekeping not sepuluh ringgit yang sudah renyuk. Bila ternampak duit itu si ayah kembali berang.


"Kenapa kamu mintak duit lagi sedangkan kamu dah ada duit sebanyak itu? Dari mana kamu dapat duit di bawah bantal tu?" Jerkah si ayah.


Si anak tunduk tidak berani merenung wajah ayahnya.


"Duit ni Amin kumpul dari belanja sekolah yang ayah beri setiap hari. Amin minta lagi 10 ringgit sebab duit yang Amin ada sekarang tak cukup," jawab si anak perlahan.


"Tak cukup untuk beli apa?" soal balik si ayah.


"Ayah, sekarang Amin sudah ada 20 ringgit. Ayah ambil duit ni. Amin nak beli sejam dari masa ayah. Amin nak makan malam bersama ayah," jawab si anak tanpa berani memandang wajah ayahnya.


Baru si ayah benar-benar faham maksud anaknya itu.


"Hargailah insan sekeliling anda sebaiknya"
"Merekalah permata hati dunia akhirat"


Sumber: http://www.koleksicinta.co.cc/2008/05/nilai-sepuluh-ringgit.html

Sila Komen..
Bestnya dapat baca komen korunk nanti :)
Menarik hadiah kat sini rupanya | Kamus Elektronik BI-BM
Kisah anak dan ayah
Labels: , 2 comments |
Assalamualaikum dan selamat pagii..

"Camner niehhh...
Aku nak ngorat awek..
Tapi tak dapat2.
Dia pandang aku pun sebelah mata jer."


Pernah terjadi kat korunk tak?
Rileks2.. Mungkin korunk salah teknik ataupun cara.
Sini aku nak kongsikan tips camner korunk nak jadi lelaki idaman awek2 kat luar sana nun.



Berketrampilan Rapi dan Bersih

Yang ni 1st impression yang awek2 kat luar sana nilai. Cara berpakaian mencerminkan sifat peribadi seorang lelaki. Pakaian yang menarik leh buatkan korunk jadi perhatian pompuan dan mereka akan berkata "perghh, hensemnye dia!Tergoda i!!" Jadi, jagalah penampilan korunk dari segi pakaian, rambut dan segala2nya lah..Biar nampak hensem gitu.. Pastu, guna perfume yang wangi sampai awek cam nak peluk cium jer baju korunk. Duduk ngan korunk pun rapat2. Amacam, ada bran?



Jangan Sombong (sporting)

Biar korunk ni hebat atau talented mana pun, jangan sombong dan jadi pemurah dengan bakat yang korunk ada tuh. Cuba jadi seorang yang rendah diri, pandai bergaul dan dapatkan ramai kawan. Senyum kat orang leh buatkan awek tertawan. Cara ni membuatkan wanita kat luar sana pandang tinggi kat korunk taw!


Jual Mahal

20 hengget sekilo, 20 hengget sekilo...Haaa..Bukan tu maksudnya jual mahal derr..
Caranya, cuba buat yang diri korunk ni sukar nak ditawan dan cinta korunk tu just tuk orang yang betol2 korunk suka jer.. Baru la nampak cinta sejati gitu..Jangan tunjukkan yang korunk ni terhegeh2 nak dapatkan cinta si dia. Bila jual mahal, barula aset korang akan jadi lagi tinggi. Jangan la sampai over plak. Terlepas wa tak tau.

Dalam hati pompuan, diorang akan cakap camnie:
"Aku geram la dia tuu..Aku minat kat dia, dia wat tak tau jer kat aku.Bengang aku! "


Humoris

9 daripada 10 awek, suka kepada lelaki yang lawak. Cuba jadikan diri korunk seorang yang lawak. Korunk kena bijak cari idea yang boleh buatkan awek terhibur ngan gelagat korunk tuh. And jadikan perbualan sentiasa menyenangkan.Sampai tertido pun awek ingat kat korunk. Bijak2 lah cari ayat yerk!

Contoh:
Awek: Kenapa awak tak tido lagi?
Laki2: Tunggu bulan jadi warna pink baru nak tido.


Selalu Kelihatan Tenang

Walau apa2 pun situasi yang korunk hadapi..Masalah yang korunk ada, cuba bertenang setiap masa. Kawal emosi dan perasaan sebaik mungkin. Lelaki yang mampu kawal emosi akan nampak cool kat mata awek2. Awek suka kepada lelaki yang selalu tenang sebabnya diorang berharap korunk mampu tuk tenangkan dia nanti. Jangan sampai korunk nampak gugup and penakut plak.


Bertanggungjawab

Dalam apa2 pun perkara yang korunk lakukan, cuba lakukan tanggungjawab sebaik mungkin dan sentiasa menepati masa.
Jangan biarkan si awek nampak yang korunk nie tak leh diharap langsung. Biar diorang nampak yang korunk nie dewasa dan boleh dipercayai. Orait?


Mahir dalam semua hal

Kalau boleh, cuba mahirkan dalam banyak bidang. Contohnya, baiki komputer, basikal, kereta, main alat muzik, berkomunikasi depan orang ramai dan macam2 lass..
Perkara2 macamnie leh buatkan awek2 kat luar sana tergoda ngan bakat yang korunk ada. And tunjukkan la bakat yang korunk ada tuh. Kalau diorang tak tau, tak guna gak. Baik main kat depan binatz2 sana nun..paham? :p


Jadi misterious

Wanita ada satu kelebihan untuk membuat cerita2 misteri berbanding lelaki. Jadi, kalau korunk jadi sedikit misterious, korunk bakal jadi bahan fikirannya. Biarkan sifat dan kemahuan korunk tak mudah dibaca. Biar diorang selalu terfikir2.

"Btol ker dia nie dah ada awek?"
"Btol ker dia terkenal? Jelesnyaaa~"
"Dia kluar ngan sapa nanti?"

Misteri itu manis!!

------------------------------------------------
Jodoh dan pertemuan di tangan tuhan. Yang penting kita mencuba.
Rezeki tak datang bergolek. Kalau dah terlebih rezeki tu, nikmat dunia tuh! hau3!
Kongsi2 la no phone awek kat aku nantih. Wokeh beb?

Tu jer la yang aku nak kongsikan sket. Nak tidoq plak..
ZZZZ (sedapnya tidoq~)



p/s: Korunk jangan ngorat awek aku plak walaupun aku single =.="
Labels: , 6 comments |

"Arrrggghhhhh!!! Jangan ganggu hidup aku lagi!!!
Pergi!!! Pergi!!! Pergi!!!!!"

Mesti ada antara korunk yang sedang atau pernah jadi masalah camnie kan? And korunk tak tau macam mana nak tangani. Perkara ni jadi bila Seseorang cuba ambik hati korunk secara "paksa" and kamu "terpaksa" jaga hati dia.

Perkara ni selalu nyer terjadi kat kat gurl and jarang kat lelaki. Kalau boleh, biarlah aku mampu tuk selesaikan atau redakan masalah kawan2 ku. Aku takder la pakar dalam bidang percintaan. Tapi sekurang-kurangnya, aku dapat berkongsi tips tuk korunk. Semoga tips ni berguna.

MENOLAK PERCINTAAN DENGAN BAIK

REJECT CALL


Bila si dia call, Just biarkan and wat dont know! Penting!
Korunk memberikan dia harapan selagi korunk berborak dengannya.
Dia akan menganggap dirinya mempunyai peluang tuk cinta korunk.

Andai korunk terangkat call dia, cakap henset letak merata2 and tak nak diganggu. Then bagitau dia yang korunk nak sambung wat kerja balik.

Berfikir samaada korunk nak teruskan memberikan harapan atau tak.
Korunk still nak jadi harapan baginya??


BERCAKAP PASAL LELAKI LAIN


Katakan padanya korunk dah jumpa lelaki yang korunk cari.
Bagitau si dia, "saya rasa kita xsesuai.awak berhak dapat yang lain".
Nyatakan jugak yang si dia still lagi kawan kamu.

Memang part yang paling sukar!

Fikirkan. Korunk ada taste korunk sendiri. And korunk PERLU bagitau dia.


JANGAN BAGI PERHATIAN (jauhi berduaan)

Jangan biarkan bertembung dengan si dia dan pastikan korunk sentiasa berjalan dengan kawan2. Penting!
Bila bertembung/berjumpa, jangan bagi perhatian padanya. Bila si dia bercakap, kamu iakan saja tapi buat2 yang kamu ni ada kerja penting.

Contoh:
Si dia: Awak tau kan saya suka awak..
Korunk: Saya tau tapi saya tak dapat terima awak.

-alih perhatian kat kawan korunk-

Korunk: Eh, assignment kau dah siap belom??
Kawan korunk: Blom lagi..Kau??
Korunk: -teruskan berbual-

Kamu: (bagitau kat si dia) Saya ada kerja sekarang, jumpa nanti.

-tarik tangan kawan kamu dan pergi-


Bila korunk buat macam nie, si dia akan berfikir dua kali nak jadikan korunk jadi awek dia sebab kamu langsung tak bagi perhatian kat dia! Sebabnya kamu layan dia acuh tak acuh.


MINTAK WAKTU (optional)

Bagitau si dia, korunk perlukan waktu selama 3 hari tuk fikirkan.

Kemungkinan besar dia takkan hubungi korunk sebabnya dia dah berfikir hubungan korunk ngan dia takkan berjaya. (lepas dah lakukan tips2 kat atas).


» ..Klik sini..SOALAN 1..Klik sini.. «

» ..Klik sini..SOALAN 2..Klik sini.. «

» ..Klik sini..SOALAN 3..Klik sini.. «

» ..Klik sini..SOALAN 4..Klik sini.. «

» ..Klik sini..SOALAN 5..Klik sini.. «



Kita ada hidup kita sendiri.
Diri kita, hak kita.
Pendirian kita.

And korunk nak tau something?
Aku yakin korunk mampu lakukannya

-KERANA-

"Dirimu begitu berharga"

dan aku yakin
"Kamu KUAT!!!"

Sekiranya korunk mmg berhasrat nak jaga hati si dia, kamu sepatutnya dah couple ngan dia. And kamu mungkin akan rasa tenang camtu??
Dan selagi korunk tak bagitau, korunk menghalang si dia tuk dapatkan pasangannya!
Semoga tips diatas dapat membantu.


Yang benar,
Ahmad Syarif

Sila Komen..
Bestnya dapat baca komen korunk nanti :)
Menarik hadiah kat sini rupanya | Kamus Elektronik BI-BM
Labels: , 9 comments |

"bukan nya aku tak tahu
kau sudah ada yang punya
atau bisikan cinta
ku tahu engkau berdusta

namun ku tak mau mengerti
selama kau masih bersamaku
karna ku suka,ku butuh cinta yang pernah hilang dariku

cinta ini kadang kadang tak ada logika
berisi smua hasrat dalam hati
ku hanya ingin dapat memiliki
dirimu hanya untuk sesaat"


Itu dia nyanyian daripada aku..
best x?? best x??

!~Tande2 lelaki tolok cinte orang puang.!~ Yeah~..

Kita jangan cakap banyak lagi..Meh kita baca..
Artikel ni berguna untuk gurl2 di luar sana..


++++++++++++++++++++++++++++++++++

Dalam keadaan sedar ataupun tak sedar, aku seorang lelaki berjaya menculik mencuri hati anda. Anda telah jatuh reboh hati dan rasa sayang anda mula timbul terhadapnya. Anda mengharapkan dia juga akan mempunyai perasaan yang sama. Anda sentiasa menanti ungkapan "I love You" bebeh atau "Saya suka mak awak".

Satu penantian yang menyeksakan dan menyakitkan hati jugak kan? Cuba anda fikirkan balik, kemungkinan cinta, perasaan sayang korang sebenarnya hanya bertepuk tepuk amai, belalang kupu2.lalala sebelah tangan. Lelaki yang anda harapkan tidak memandang anda sebagai orang yang istimewa dalam hidupnya. Sedihnyaaa... sob2.




Golongan lelaki pula, selalunya sukar untuk menolak perhatian yang diberikan oleh awek2 mereka..wah..banyaknya awek walaupun sebenarnya mereka tak suka pada perempuan tu. Lebih2 lagi perempuan selalu bersikap manis, manja gedik dan memberikan penuh perhatian kepadanya.

Perempuan mungkin merasakan, mereka sangat dihargai oleh seorang lelaki dayus tetapi, si dia mungkin tidak mempunyai perasaan terhadap perempuan tadi. Mereka sekadar bersikap mesra dan ceria.

Dari itu inul goyang, agar semuanya senang..., bagi mengelakkan kaum hawa dari situasi perasan lebey..hahaha tersebut, berikut merupakan tanda-tanda penolakan oleh seorang lelaki.


bertanya tentang kawan korang

Si dia kerap menanyakan tentang kawan wanita korang, bahkan meminta anda mengajaknya untuk tengok wayang atau makan malam bersama. Boleh dipastikan si dia sebenarnya memang tak tertarik pada anda. Bila si dia semakin kerap menunjukkan kekaguman pada kawan anda, adalah lebih baik lupakan si dia sebelum hati terlanjur berharap.



mencadangkan kawan lelakinya untuk anda


Sejak kebelakangan ini si dia semakin serius mempromosikan kelebihan kawannya yang dirasakan sesuai untuk anda. Bahkan si dia turut membuat planning untuk mempertemukan anda berdua. Kemungkinan ini adalah cara si dia menebus perasaan tidak sedap hati kerana menolak anda. Jangan terburu-buru menolak tawarannya, tak salah berkenalan dengan kawan yang diperkenalkannya. Siapa tahu, kawannya itu menepati citarasa yang anda cari selama ini.



Selalu sibuk

Si dia semakin susah untuk dihubungi dan memberikan pelbagai alasan untuk mengatakan bahwa ia sibuk. Mungkin ia memang sibuk, tapi adalah lebih besar kemungkinan bahawa si dia sedang berusaha menghindarkan diri daripada anda.



Berbeza pendapat

Ketika bersama anda, si dia gemar membicangkan topik-topik yang anda tidak suka atau juga perkara yang membosankan. Bila anda menyatakan perkara-perkara yang anda suka, si dia malah menyatakan sebaliknya, dan begitulah seterusnya. Berdasarkan sikapnya itu seharusnya anda sedar bahawa si dia sedang berusaha membuat anda semakin tidak menyukainya.


Menerima penolakan memang bukan sesuatu perkara yang mengembirakan. Untuk beberapa ketika, mungkin anda akan berasa terluka, tapi hadapi sahajalah dengan tenang hati, jangan sampai bersikap emosional dan memburuk-burukkan si dia dengan mencaci maki. Apatahlagi sekiranya si dia memang seorang kawan yang baik untuk anda. Lihatlah penolakan tersebut sebagai jalan untuk anda bertemu orang yang lebih baik dan tak akan membuat anda menyesal di kemudian hari.

Kadang-kadang, ada lelaki yang berfikir jauh. Mereka memastikan yang terbaik untuk hidup mereka agar bahagia di kemudian hari. Mereka mengharapkan seseorang yang sempurna muncul dalam hidupnya.



P/S: Bagi pasangan yang dah bercouple, jagalah pasangan korang baik2. Sayangilah mereka dengan sebaik-baiknya..Pesanan ini dibawakan oleh BRoooo Syarif..



Sila Komen..
Bestnya dapat baca komen korunk nanti :)
Menarik hadiah kat sini rupanya | Kamus Elektronik BI-BM
Labels: , 3 comments |
Hari ni aku nak citer pasal sesuatu yang romantis. Lebih-lebih lagi bagi mereka2 yang dah berumahtangga.. Bagi yang dah berumahtangga, ketahuilah - kahwin memang best! hoho. Tapi yang belum berumahtangga pun, dah dapat agak, kahwin mmg best..lalalala..

*nak kawin tu biarla dengan cara yang betui k..

Hari ni bro haiqal nak kongsi pasal rahsia ciuman lelaki..ahaks..pompuan mesti nak tau kan? Sumber ni aku dapat dari internet. Bagi para suami yang suka sangat cium isteri, hati-hati. Ciuman ni memberi tanda kepada seseorang tentang tingkah lakunya. Bagi para isteri, ketahuilah suami anda dengan ciumannya. Selamat menilai sendiri! renung2kan dan selamat beramal!! hahah..




* Suka cium dahi isteri – suami yang romantis.
* Suka cium pipi isteri – suami yang penyayang.
* Suka cium mulut isteri – suami yang gelojoh.
* Suka cium tengkuk isteri – suami yang mata keranjang.
* Suka cium telinga isteri – suami yang sensitif.
* Suka cium leher isteri – suami yang penyabar.
* Suka cium buah dada isteri – suami yang suka bermanja.
* Suka cium tangan isteri – suami yang hipokrit.
* Suka cium ketiak isteri – suami yang menerima isterinya seadanya.
* Suka cium kemaluan isteri – suami yang pemalu.
* Suka cium punggung isteri – suami yang suka bergurau.
* Suka cium kaki isteri – suami yang terlalu menghormat isteri.
* Tidak suka cium mana-mana bahagian badan isteri – suami yang memtingkan diri.
* Suka cium seluruh bahagian badan isteri – suami yang baru balik dari outstation. Kuang kuang kuang!

Dalam banyak2 pilihan di atas, mana satu kah pilihan anda?? yeah2!.


Artikel ini diambil dari : Kotak EMail





Sila Komen..
Bestnya dapat baca komen korunk nanti :)
Menarik hadiah kat sini rupanya | Kamus Elektronik BI-BM
Labels: , 0 comments |