Showing posts with label lawak. Show all posts
Showing posts with label lawak. Show all posts


Hari ni kita akan buat cerita seram huruf k.
Amaran kesihatan: Cerita ini mungkin mengundah sakit hati, kentut terlampau, berpeluh dan macam2.
Jom layan ceritanya~


Bermulalah kisah huruf 'K'
---------------------------


Ketam ketip kuku kakinya.
Kawan karib Ketam, Kodok , kata kepada Ketam,
”Kenapa kau ketip kuku kaki kau Ketam… kenapa?”
Ketam kata, “Kuketip kuku kakiku kerana kuku kakiku kelurut..
kakakku kata, kalau kuku kelurut, kita kena ketiplah!”



Ketam & Kodok

Kodok kentut kekeliruan.
Kodok kata kekeliruan,”Kadang-kadang kalau kukuku kelurut
ku ketip keluar kudis, kenapa?”
Ketam ketawa , Kah..kah..kih..kih..Kuh..kuh..kuh!!
Kodok..Kodok ..kenapa kadar kebodohan kau keterlaluan?”
Kodok kata kepada Ketam, “Ketam. Kenapa kau ketawakan ku?”
Ketam kilas, “Kelakar.”
“Kelakar ke kurang-ajar?” kata Kodok .
Kerana kemarahan Kodok keterlaluan, Kodok ketuk kepala ketam kuat kadar kilat.”kelekuk !”
Kepala Ketam kehancuran kerana Kodok ketuk.
Ketam kata, “Kodok.. Kodok.. kenapa kau ketuk kepalaku? Kan kini kesakitan.”
Kesian kat Ketam. Kerana kurang ajar, kepalanya kena ketuk.


sumber: http://gelakje.com


Sila Komen..
Bestnya dapat baca komen korunk nanti :)
Menarik hadiah kat sini rupanya | Kamus Elektronik BI-BMhttp://sembangseposen.blogspot.com
Labels: 0 comments |

Gambar contoh


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Menjadi seorang suami bukanlah perkara yang mudah macam membeli biskut marry kat kedai india depan umah..bukan jugak macam wheeling wheekang motor kat depan amoi2 cun.
Tapi tanggunggjawab yang berat macam mengangkat sebuah lori pasir menggunakan satu jari..Berlari mengejar kapal terbang selaju 700km sejam atas langit nun dan juga berenang mengejar speed boat tanpa peralatan yang lengkap.Berat kan?

Begitulah anologinyer..Dahsyat!
Okeh2...Cukup..Tu baru part intro..
Sekarang ni aku nak cerita kisah "Aku dan isteri tersayangku". Cerita ni korunk leh jadikan pengajaran.

Kisahnya bermula time aku nak bertolak balik kampung kat Terengganu.
Orang rumah aku tuh, asal Kedah.Aku plak Terengganu. Begini alkisahnya~


"Abang ni, pakai tu elok-elok la sikit," kata Liza lembut sambil membetulkan pakaian aku. Aku tersenyum tengok isteriku."Cantik isteri abang hari ni," Aku mencubit pipi Liza lembut. "Ayah, ayah, cepat la yah," Syafiqa dan Syahira meluru masuk ke bilik sebab dah tak sabar2 nak bertolak balik kampung. "Yelah, yelah, ayah dah siap ni." Liza hanya tersenyum melihat aku melayan karenah anak kembar kami yang comel dan manja. "Abang, dah lama kita tak baliq kampung lagu ni, kan?" "Yelah Abang asyik duk bz jer manjang. Baru kali ni abang ada peluang untuk cuti panjang." Aku berkata kepada Liza tercinta.

Estimated perjalanan dari Penang ke Terengganu lebih kurang 6jam. Syafiqa dan Syahira tertido comel kat belakang. Liza pun sama. "Tak sabar nieh nak sampai umah" Aku berkata slow2 dalam hati.

Aku tekan minyak kete sikit2..Makin lama kereta makin laju and aku makin seronok. Dah tak sabar nak sampai umah la katakan. Aku tekan lagi pedal minyak tuh.Aku cilok kiri, cilok kanan.Semua kenderaan aku potong habeess~ Bangga betul aku masa tu. Dah macam lumba kat litar sepang pun ada. Lost memory kejap pasal bini ngan anak aku.

"Eh abang, await laju sangat ni?" tiba-tiba Liza terjaga dari tidurnya."Tak ada apa la sayang, rileks...cepat skit kita sampai kampung satgi." "Sabaq bang, sabaq.biaq lambat, Liza takut." Liza cuba pujuk aku supaya bawak kete slow2.Alah! mana syok bawak slow! "Rileks yang.tak ada apa-apa aih," Aku terus potong bas ekspres kat depan dengan ekstrem tanpa perasaan takut di sanubari.

"Haaa..tengok..takdak pape kan?" kata aku dengan eksyennya pas dah potong bas ekspres tadi. "Sudah la tu bang.Ketegaq!" "Ha... tu ada satu lagi bas ekspres. Liza tengok abang motong dia aaa...." Aku terus masuk gear 3, pedal minyak tekan hingga jejak ke tanah. (dapat bayangkan x?)

Aku terus belok kanan....kat depan nun tersergam indah sebuah lori balak yang besar dan gagah dan.....

BANG!!


"Syarif....bangun Syarif!," sayup-sayup terdengar suara emak. Aku membuka mata. Aku terlihat emak di situ. "Mana Liza mok? Macammana dengan Liza? Syafiqa, Syahira....mana anak-anak saya mok?" Bertubi-tubi aku tanya emak. Aku dah tak dapat tahan kesedihan ni lagi. Aku nangis semerdu-merdunya kat depan emak.

Emak tengok aku tepat-tepat. "Macamana dengan isteri saya mok, Liza?" Aku plak terus nangis.

PANGGG!!

Kepala aku yang rambut pacak ditampar oleh emak dengan tiba-tiba. Aku terdiam. Kaget bhai.. Kenapa emak buat aku macam tu? "Banyak la mung punya isteri! Keja pun malas ada hati nak berbini. Tu la, tidur lagi senja-senja gini! Doh! Bangun gi semayang!" emak terus merungut sambil berlalu keluar....

...Dan aku tersengih keseorangan. Rasa macam nak masuk dalam mesin basuh der! Malu beb!!



Sekian.
sumber: http://unniesya.blogspot.com/


Sila Komen..
Bestnya dapat baca komen korunk nanti :)
Menarik hadiah kat sini rupanya | Kamus Elektronik BI-BM
Labels: 5 comments |


Assalaaamualaikummm..
Teringat aku kat zaman2 sekolah bila tgk balik gambar2 time muda2.
(umur dah lebih 18tahun la katakan..muahaha!)
Kalau dulu, buli budak2 pompuan, panjat pagar semata2 nak beli burger(kalo duk asrama), kena lempang laju2 ngan cikgu, denda depan orang ramai tuh perkara biasa~
Korunk teringat lagi x situasi yang always berlaku time skolah nun?
Kalo dalam kelas plak mesti banyak btol ragamnya tol dak? Mmg banyak perkara diluar paradigma.

Situasi Pertama

Nampak tak Cikgu pagi tadi? Hah kau nampak? Alahhhh. Aku tengok kereta dia tak ada pun. Plat kereta dia PTH 2423 kan? Aku tengok tak ada pun. Oh, dia datang dengan suami dia eh? Alahhhh. Aku ingat dia tak datang tadi. Maknanya ada kelas dia lah nanti? Penat pagi-pagi aku pergi park kereta cari kereta cikgu.


Situasi Kedua

Cikgu : Saya ada mesyuarat pada pukul 9 pagi nanti. So, saya kena batal kelas.
Murid-murid : ALAHHHH. APA NI CIKGU?! KAMI DAH BAWA BUKU DAH. DAH SEMANGAT NAK BELAJAR. CIKGU PULAK CANCEL KELAS. HAIH. MALAS AR CAMNI. APA NI APA NI. JANGAN LA CANCEL KELAS CIKGU. PLEASE. SEDIH AR CAM NI. CIKGU TAK SAYANG KITAORANG KE? ALAHH. MESYUARAT TU TAK PENTING KAN? KAMI NI LAGI PENTING. EXAM DAH DEKAT.
Cikgu : Saya suka dengan sikap kamu semua. Tapi saya terpaksa pergi kerana urusan yang penting.
Murid- Murid : Alahhhh :(


*Selepas cikgu keluar. Semua murid sorak kegembiraan T_T*



Situasi Ketiga

Murid A : Wehh. homework aku tak buat wehhh. Alamak.
Murid B dan C : Aku pun!
Semua murid : Aku juge aku juge!
Murid nerd : Aku buat! :P
Cikgu : Okay. Saya rasa saya ada bagi kerja sekolah semalam. kan? Sila buka kerja itu.
Semua murid : Eh mana ada cikgu. Mana ada. Cikgu tak bagi pun.
Murid Nerd : .....
Cikgu : Oh. Maaf. Mungkin saya terlupa. Biasalah saya dah tua. Dah 20 tahun saya kerja sebagai cikgu ni. Macam-macam cabaran saya tempuhi. Macam-macam jenis pelajar saya jumpa. Dulu saya study di bla bla bla bla pot pet pot pet.


Situasi Keempat

*Lagi 5 minit nak habis kelas*
Cikgu : Okay. Itulah apa yang tadi diperbicangkan dalam buku teks. Saya harap kamu semua faham.
Semua murid : Oh faham faham *sambil kemas buku, stationary simpan dalam beg*
Cikgu : Kenapa kamu semua simpan beg? Kita masih ada 5 minit lagi. Saya nak bagi latihan dan nak kamu semua siapkan harini juga.
Semua murid : T_T *Bawa keluar balik semua barang*


Situasi Kelima

Cikgu : Sebenarnya. Dalam dunia ni ada macam-macam dugaan.
Murid : Dugaan apa cikgu?
Cikgu : Dugaan susah dan senang.
Murid : Senang macam mana cikgu?
Cikgu : Senang la. Mungkin dari segi kekayaan.
Murid : Macam mana nak kaya cikgu?
Cikgu : Kena rajin belajar la. Jadi pandai.
Murid : Macam mana nak jadi pandai cikgu?
Cikgu : Jadi pandai kena selalu baca buku. Jangan malas.
Murid : Buku macam mana tu cikgu?
Cikgu : Buku-buku teks kamu, kadang-kadang baca paper, novel.

OKAY. MASA DAH HABIS. =.='


Situasi Keenam

Murid A :Wehh. Masa cikgu dah habis. Rehat kot sekarang. Dia tak perasan lah!
Cikgu : *still mengajar*
Murid B : Itulah. Aduhh. Macam mana ni?
Murid C : Kringg kringg. Kringg kringg.
Murid A : Cikgu tak perasan la bunyi loceng yang kau buat tuh.
Murid B : *menjerit* WEH KAU MURID F! JAM PUKUL BERAPA?
Cikgu : *tengok jam* Oh, masa rehat eh sekarang? Okay. Kamu semua boleh pergi rehat.


p/s: Korunk mesti camnie gak dulu kan? akekkeke..


Sila Komen..
Bestnya dapat baca komen korunk nanti :)
Menarik hadiah kat sini rupanya | Kamus Elektronik BI-BM
Labels: 4 comments |
Assalamualaikum...
Selamat malam semua...

Waaaa...seronok la plak cuaca malam nie, sejuk2 jer.. Kalau tido ngan awek nie, mesti best.

Malam nie, aku, hadi and shazmeer rancang nak stadi ngan seorang gurl namanya dirahsiakan kat dm. Pada mulanya kitorang cam dah semangat nak belajar fizik. Tapi tak jadi la plak. So, bila dah tak jadi tu, aku pun terus bukak laptop aku dan surfing. hehe..

Sambil2 aku menggonjeng2 internet aku yang telah ditweak supaya menjadi laju, aku terjumpa satu lawak berkenaan suami isteri yang bergaduh pada bulan puasa. Pas aku baca lawak nie, aku rasa cam nak tergelak pun ada. Tanpa membuang masa. Jom kita baca!

-------------------------------------------------------------------------------------------
Ada sepasang suami isteri, baru jua berkahwin, menjalani puasa first time as a couple. Hendak dijadikan ceta, mereka ni pun bergaduh ntah pasal apa.

Si suami pun ngan merajuk nya bagi cold shoulder kat si isteri ngan nda mau becakap dengan bininya. Jadi malam harinya ia pun menulis note untuk si isteri: "Sahur nanti bangunkan abang" dan di simpan dekat dengan tempat tidur isterinya.

Apabila si laki ni bangun, hari sudah pun siang dan dia mendapati ada sekeping nota dengan tulisan bini dia: "Bang, bangun bang, makan sahur." Kuang kuang kuang~
------------------------------------------------------------------------------------------

amacam, ok tak lawak nie?hahahaha. Kalau korang nak baca banyak lagi lawak2 yang menarik sampai korang tak kering gusi dibuatnya.. korunk leh usha kat sini :http://kelakar2u.blogspot.com


P/S: Harap-harap bini aku tak wat macam nie kat aku nanti..hohoho..


Sila Komen..
Bestnya dapat baca komen korunk nanti :)
Menarik hadiah kat sini rupanya | Kamus Elektronik BI-BM
Labels: 0 comments |