Thursday, January 5, 2012

Malu ke tak nie yerk? [kelakar]

**Perkongsian cerita ni aku ambik dari forum**
Bender ni tak tau la pernah terjadi kat korunk ker tak.



Suatu hari, dah lama dah. Masa tu tak salah saya cuti semester. Seperti biasa pukul 1 baru saya bangun. Lepas mandi, saya keluar sidai baju. Saya pun siap la pakai towel tak pakai baju. Ala, sidai luar rumah je. Kejap je pun. Takkan la nak pakai baju taekwondo.

Keluar rumah saya tak kunci pintu. Ala, dekat je. Depan rumah. saya pun keluar ikut pintu tepi.

Masa tu bapak saya ada dekat rumah. Dia balik tido. Seperti biasa, saya tak pedulik pun kat dia. Dia yg tengah tidur pun tak peduli kat saya. Kami mmg keluarga bahgia.

Saya pun continue sidai baju sambil cuba memahami isi hati seorang housewife. Takde keja. Hari-hari sidai baju, masak cekodok, tengok telenovela. bahagia betul. Takyah fikir psl kerja ke, assignment ke, rilek ajer.

Kemudian, saya terdengar enjin kereta bapak saya distartkan. Kemudian, bunyi pintu gate ditutup dan kereta yg memecut laju memecah salju. Saya pun tak ambil port. Huh, tu je kerja dia. Balik. makan, tido, pastu keluar balik. Pok pek pok pek...bebel saya dalam hati.

Ya, makin lama cuti semester makanya saya semakin memahami hati nurani makcik surirumah.

Saya pun dah habis sidai baju. Buang air lebih2 dalam baldi, ketatkan ikatan towel. Saya pun nak masuk rumah balik. Nak panaskan lauk.

Tiba-tiba hati saya rasa syahdu. Rupa-rupanya bapak saya keluar tadi dia kunci pintu. Kunci semua dlm rumah. Dia tak sedar saya ada kat luar sidai baju. Saya dah terkunci dari luar. Terpenjara di mahligai rindu. Takleh masuk. Jadi, saya pun panik la apa lagi.

Nak call bapak saya, telepon semua dalam rumah. Nak keluar carik public phone saya mmg takde seposen pon. takkanla nak telepon bomba suruh dia telepon bapak saya antar kunci. Dah la pakai towel je. Nanti anjing jahat gigit macam mana?



Setelah pikir masak-masak, saya mendapat satu idea. Iaitu putus asa. Tunggu je bapak saya balik kerja pukul 5 nanti. Sekarang baru pukul 2. Apa nak buat 3 jam ni?

Fakta sains: apabila anda bosan, anda akan melakukan perkara2 yg jarang2 anda lakukan untuk 'membunuh' masa. Misalnya, tolong siram pokok bunga, sapu sampah depan rumah, susun selipar, bersihkan akuarium dan baca paper lama yg berlonggok kat rak kasut.

Setelah melakukan semua itu, jam baru pukul 4. Saya pun buat bodoh selama hampir sejam. Tak lama kendian, nak dekat pukul lima baru bapak saya balik.

Setelah menceritakan kisah malang saya, bapak saya tanpa sebarang perasaan bersalah pun membuka pintu. Saya pun cepat2 terus masuk rumah dan bukak TV. Pasal cerita Betty dah nak start.


Sumber: http://mforum.cari.com.my/viewthread.php?tid=519213&extra=page%3D6


Sila Komen..
Bestnya dapat baca komen korunk nanti :)
http://sembangseposen.blogspot.com

1 comment:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete