Thursday, March 17, 2011

Ambik yang baru.

Assalamualaikum yaw2..Pekaba semuaaa~
(sambil meniru gaya pengacara konsert)

Beberapa bulan yang lepas, banyak kejadian yang dah berlaku. Contohnya, kematian beberapa ekor cicak kat dalam bilik aku yang difire menggunakan getah. Pelanggaran tragis antara nyamuk dengan pelempang aku ni haa.. dan beberapa kejadian dramatik lain..

Satu hari tu, aku kluar gie kat bandar niat nak usha baju..sambil2 tu usha awek skali..Tapi nawaitu tetap tak lari.Baju...Usha punya usha, jumpa la kedai baju ni sekoq. eh, sebuah..
Kebetulan kedai baju tu bersebelahan ngan kedai komik..
Usha punya usha, aku pun terbeli la komik..Baju tak beli pun.. =.="

And lepas tu, aku pun gie mam..bukan mampus..kasar disitu..
tapi makan okey.

-----------------------------------------------------

Di suatu sudut restoran yang dipenuhi awek2 cun yang duk bergambar kat kolam ikan,
Budak2 yang ngah duk ketuk akuarium yang ada kat situ sampai ikan lari tak cukup tanah and pelanggan lain yang duk mamam.

Satu perbualan seperti berikut berlaku:


Fatanah: Eh, encik salah hantar ni. Saya belum pesan pun lagi.
Syarif: Saya tak mungkin silap, Tanah..eh..Fat..eh..Ana..

Fatanah: (mengeluh) Syarif?Awak...!
Syarif: Ni dia kopi yang awak tak minum semalam.

Fatanah: Semalam?? Kopi ni mana boleh minum lagi!!
Syarif: Awak belum cuba. Lagipun, mana tau tak boleh minum? Mungkin rasanya lebih enak..

Fatanah: Awak ni mmg saja nak cari pasal ke?
Syarif: Tak, saya ingat awak tak pernah minum sebab awak nak simpan tuk hari nie..

Fatanah: Mengarut!! Kopi ni dah BASI!, faham? Mana boleh minum lagi dah!
Syarif: -Gelak-

Fatanah: Apa hal awak gelak pulak ni?
Syarif: Maknanya awak lagi suka kopi yang baru, kan? Jadi awak akan pilih yang baru dan lupakan yang lama, kan?

Fatanah: Bukan! Saya...
Syarif: Mari ikut saya. - sambil menarik tangan Fatanah -

Fatanah: Awak, saya x maksudkan camtu..Awak nak bawak saya gie mana ni?
Syarif: Lupakan Roy. Saya nak bagitau dia kat depan kubur dia. awak kepunyaan saya! Dia tak mampu bahagiakan awak lagi, tapi ... Saya boleh!

Syarif: "tak kiralah awak rela ke tak..saya takkan lepaskan awak lagi..Selama-lamanya..."


haa...touching tak?
Ok..tu sebenarnya skrip yang aku ambik dalam manga yang aku baca. =.="



p/s: Nak beli manga baru..


Sila Komen..
Bestnya dapat baca komen korunk nanti :)
Menarik hadiah kat sini rupanya | Kamus Elektronik BI-BM

3 comments: