"bukan nya aku tak tahu
kau sudah ada yang punya
atau bisikan cinta
ku tahu engkau berdusta

namun ku tak mau mengerti
selama kau masih bersamaku
karna ku suka,ku butuh cinta yang pernah hilang dariku

cinta ini kadang kadang tak ada logika
berisi smua hasrat dalam hati
ku hanya ingin dapat memiliki
dirimu hanya untuk sesaat"


Itu dia nyanyian daripada aku..
best x?? best x??

!~Tande2 lelaki tolok cinte orang puang.!~ Yeah~..

Kita jangan cakap banyak lagi..Meh kita baca..
Artikel ni berguna untuk gurl2 di luar sana..


++++++++++++++++++++++++++++++++++

Dalam keadaan sedar ataupun tak sedar, aku seorang lelaki berjaya menculik mencuri hati anda. Anda telah jatuh reboh hati dan rasa sayang anda mula timbul terhadapnya. Anda mengharapkan dia juga akan mempunyai perasaan yang sama. Anda sentiasa menanti ungkapan "I love You" bebeh atau "Saya suka mak awak".

Satu penantian yang menyeksakan dan menyakitkan hati jugak kan? Cuba anda fikirkan balik, kemungkinan cinta, perasaan sayang korang sebenarnya hanya bertepuk tepuk amai, belalang kupu2.lalala sebelah tangan. Lelaki yang anda harapkan tidak memandang anda sebagai orang yang istimewa dalam hidupnya. Sedihnyaaa... sob2.




Golongan lelaki pula, selalunya sukar untuk menolak perhatian yang diberikan oleh awek2 mereka..wah..banyaknya awek walaupun sebenarnya mereka tak suka pada perempuan tu. Lebih2 lagi perempuan selalu bersikap manis, manja gedik dan memberikan penuh perhatian kepadanya.

Perempuan mungkin merasakan, mereka sangat dihargai oleh seorang lelaki dayus tetapi, si dia mungkin tidak mempunyai perasaan terhadap perempuan tadi. Mereka sekadar bersikap mesra dan ceria.

Dari itu inul goyang, agar semuanya senang..., bagi mengelakkan kaum hawa dari situasi perasan lebey..hahaha tersebut, berikut merupakan tanda-tanda penolakan oleh seorang lelaki.


bertanya tentang kawan korang

Si dia kerap menanyakan tentang kawan wanita korang, bahkan meminta anda mengajaknya untuk tengok wayang atau makan malam bersama. Boleh dipastikan si dia sebenarnya memang tak tertarik pada anda. Bila si dia semakin kerap menunjukkan kekaguman pada kawan anda, adalah lebih baik lupakan si dia sebelum hati terlanjur berharap.



mencadangkan kawan lelakinya untuk anda


Sejak kebelakangan ini si dia semakin serius mempromosikan kelebihan kawannya yang dirasakan sesuai untuk anda. Bahkan si dia turut membuat planning untuk mempertemukan anda berdua. Kemungkinan ini adalah cara si dia menebus perasaan tidak sedap hati kerana menolak anda. Jangan terburu-buru menolak tawarannya, tak salah berkenalan dengan kawan yang diperkenalkannya. Siapa tahu, kawannya itu menepati citarasa yang anda cari selama ini.



Selalu sibuk

Si dia semakin susah untuk dihubungi dan memberikan pelbagai alasan untuk mengatakan bahwa ia sibuk. Mungkin ia memang sibuk, tapi adalah lebih besar kemungkinan bahawa si dia sedang berusaha menghindarkan diri daripada anda.



Berbeza pendapat

Ketika bersama anda, si dia gemar membicangkan topik-topik yang anda tidak suka atau juga perkara yang membosankan. Bila anda menyatakan perkara-perkara yang anda suka, si dia malah menyatakan sebaliknya, dan begitulah seterusnya. Berdasarkan sikapnya itu seharusnya anda sedar bahawa si dia sedang berusaha membuat anda semakin tidak menyukainya.


Menerima penolakan memang bukan sesuatu perkara yang mengembirakan. Untuk beberapa ketika, mungkin anda akan berasa terluka, tapi hadapi sahajalah dengan tenang hati, jangan sampai bersikap emosional dan memburuk-burukkan si dia dengan mencaci maki. Apatahlagi sekiranya si dia memang seorang kawan yang baik untuk anda. Lihatlah penolakan tersebut sebagai jalan untuk anda bertemu orang yang lebih baik dan tak akan membuat anda menyesal di kemudian hari.

Kadang-kadang, ada lelaki yang berfikir jauh. Mereka memastikan yang terbaik untuk hidup mereka agar bahagia di kemudian hari. Mereka mengharapkan seseorang yang sempurna muncul dalam hidupnya.



P/S: Bagi pasangan yang dah bercouple, jagalah pasangan korang baik2. Sayangilah mereka dengan sebaik-baiknya..Pesanan ini dibawakan oleh BRoooo Syarif..



Sila Komen..
Bestnya dapat baca komen korunk nanti :)
Menarik hadiah kat sini rupanya | Kamus Elektronik BI-BM
Labels: ,
3 Responses
  1. Anonymous Says:

    best sgt kalau org yg kita suka...suka deat kita balik...mesti gembira dan bahagia


  2. Anonymous Says:

    Bertepuk sebelah tangan . Sakit


  3. Anonymous Says:

    Aku rsa aku bertepuk sbelah tgn min .. cemana ni .. dh blan depan nak tunang .. aku rsa dia smakin lama makin jauh .. aku x rsa dia suka kat aku pon .. skrg ni hati aku dh patah menanti rapuh je